Saturday, April 6, 2013

Pandangan ahli Akademi ttg POLITIK....


Prof Dr Muhaya


Soalan :

"Profesor, saya tidak pernah mengundi dan saya sendiri tidak pernah kisah dengan isu pilihan raya. Pada saya, dalam politik semuanya sama. Saya tidak suka terlibat dengan politik. Tidak kira politik kampus, mahupun politik negara. Bolehkah saya terus berpegang pada cara ini?"

Jawapan Prof Dr Muhaya :

"Pertama, kita perlu betulkan perspektif kita berkaitan dengan politik. POLITIK dan ISLAM tidak boleh dipisahkan. Mengapa kita tidak menyukai politik?. Ini kerana, dalam politik barat mereka mencari kuasa dan menjatuhkan orang lain.

Politik islam pula bertujuan mentadbir dan mengurus dunia berdasarkan keadilan. Kita perlu PRIHATIN dengan politik. Ambil perhatian atas perkara-perkara yang berlaku. Gunakan kuasa memilih yang kita miliki bagi menentukan pemimpin yang dapat menegakkan kesejahteraan dan keadilan kepada rakyat.

Sekiranya kita tidak mengundi, orang yang tidak sepatutnya memegang kuasa pemerintahan akan mendapat kuasa itu.

Apabila orang yang tidak layak mendapat kuasa, kita turut bertanggungjawab atas perkara itu. Ini kerana kita tidak menjalankan tanggungjawab kita sebagai pengundi.

Islam menggalakkan kita bermusyawarah dalam kehidupan, mengundi adalah cara musyawarah peringkat global.

[ Dipetik dari Buku PELAJAR BERTANYA PROF. DR.MUHAYA MENJAWAB ]

Thursday, March 14, 2013

Surabaya

Kami sampai di Juanda International Airport lebih kurang pukul 9am waktu tempatan. Pak Taufek sbg driver cum tour guide telah siap menunggu kami. Di sini lebih selesa kerana kurang birokrasi di kaunter imigresen nya.

Kami terus di bawa ke Restoran Pondok Tempo Doeloe utk membasah tekak dan selepas itu terus ke daerah Sidoarjo dimana terkenal dengan barangan kulit dari 'sapi' atau lembu.

Daerah Sidoarjo, kawasan yg terkenal dgn barangan kulit yg agak berkualiti (Cibaduyut Surabaya)


Di dalam kawasan pintu gerbang ini ade sebuah kedai kulit yg berkualiti, Permata Tanggulangin. Pelbagai barangan kulit dan harga TETAP. So pengunjung akan lebih selamat.


Amat berpatutan harga dan kualiti



Apabila azan Zuhur berkumandang, kami terus ke Masjid berhampiran utk menunaikan solat dan setelah selesai solat, kami memberikan masa tambahan utk bondaku bersoppin...hehehe


Bondaku sedang memilih sepatu....


Selepas itu kami di bawa melawat LuSi, atau Lumpur Sidoarjo. Disebelah kiri jalan terdapat Tebing yg tinggi utk menahan lumpur dari melimpah ke jalanraya. Untuk naik menyaksikan keadaan tersebut, kami terpaksa membayar IR 10,000 se org. Tapi jgn risau, mmg berbaloi-baloi.



Asap2 tu merupakan tempat dimana lumpur panas itu keluar dari perut bumi.


Anak-anak bergambar bersama penduduk tempatan yg sudah kehilangan harta benda

Simbolik kepada kematian AbuRizal Bakrie,  Raja Minyak Indonesia yg sepatutnya 
bertanggungjawab atas malapetaka yg berlaku



Banjir lumpur ini mula berlaku pada May 2006

Syarikat PT Lapindo Brantas telah membuat satu kesilapan besar yg telah menyebabkan puluhan ribu manusia terpaksa kehilangan hartabenda,

Tuesday, January 1, 2013

Nak pi Sekolah ...... 2013

Pepagi sebelum mandi depa kena gunting rambut sbb pagi besok dh nak pi sekolah..


 

 Harraz pun nak cuba.... so kepala huzair pulak menjadi mangsa 

 Jay ....angkat kepala tu.....


 bila dh selesai.... kita org pi mydin jap sblm pulang ke Manjung
Amacam..? ok tak kita org...?

hello ! hello ! ....jgn lupa pi sekolah....
(no more tidur semula lps pi solat subuh di masjid)

Sunday, December 23, 2012

Epal ......!!!

Epal yg dlm gambo nie sebenornyer dpt FREE semasa berkunjung di kenduri walimah anak sahabat. Actually tak der isu psl epal beli atau bayar, cuma masa kanak2 dulu selalu dengar kalau nak makan epal makan dgn kulit2nyer sekali sebab banyak khasiatnya...tapi sekrg tidak lagi kot...!!!

Cer  tgk kt dlm gambo nie ghasernya gayat kot nk mkn terus. Lapisan 'lilin atau WAX yg disalut pd epal nie bertujuan utk memelihara epal dari cepat ROSAK...

 kikisan demi kikisan..........

moralnya, kalo makan buah-buahan , lebih baik kupas kulitnya sblm makan...... itu jer

Saturday, December 22, 2012

Apa dah jadi...?

Anak2ku bila musim cuti sekolah selalu tido lewat samada tgk tv lyn movie atau main game. Bila time subuh , jenuh nk bangunkan.... penyudahnya bila habis solat terus 'sujud' kembali.........

Saturday, November 24, 2012

masjid bt 3 segari diruntuhkn utk pembinaan masjid baru

Kenapa perlu diruntuhkan...??? Bina saje yg baru..

                                         
                                          Masjid nie asalnyer merupakan wakaf org....