Thursday, March 14, 2013

Surabaya

Kami sampai di Juanda International Airport lebih kurang pukul 9am waktu tempatan. Pak Taufek sbg driver cum tour guide telah siap menunggu kami. Di sini lebih selesa kerana kurang birokrasi di kaunter imigresen nya.

Kami terus di bawa ke Restoran Pondok Tempo Doeloe utk membasah tekak dan selepas itu terus ke daerah Sidoarjo dimana terkenal dengan barangan kulit dari 'sapi' atau lembu.

Daerah Sidoarjo, kawasan yg terkenal dgn barangan kulit yg agak berkualiti (Cibaduyut Surabaya)


Di dalam kawasan pintu gerbang ini ade sebuah kedai kulit yg berkualiti, Permata Tanggulangin. Pelbagai barangan kulit dan harga TETAP. So pengunjung akan lebih selamat.


Amat berpatutan harga dan kualiti



Apabila azan Zuhur berkumandang, kami terus ke Masjid berhampiran utk menunaikan solat dan setelah selesai solat, kami memberikan masa tambahan utk bondaku bersoppin...hehehe


Bondaku sedang memilih sepatu....


Selepas itu kami di bawa melawat LuSi, atau Lumpur Sidoarjo. Disebelah kiri jalan terdapat Tebing yg tinggi utk menahan lumpur dari melimpah ke jalanraya. Untuk naik menyaksikan keadaan tersebut, kami terpaksa membayar IR 10,000 se org. Tapi jgn risau, mmg berbaloi-baloi.



Asap2 tu merupakan tempat dimana lumpur panas itu keluar dari perut bumi.


Anak-anak bergambar bersama penduduk tempatan yg sudah kehilangan harta benda

Simbolik kepada kematian AbuRizal Bakrie,  Raja Minyak Indonesia yg sepatutnya 
bertanggungjawab atas malapetaka yg berlaku



Banjir lumpur ini mula berlaku pada May 2006

Syarikat PT Lapindo Brantas telah membuat satu kesilapan besar yg telah menyebabkan puluhan ribu manusia terpaksa kehilangan hartabenda,

3 comments:

Anonymous said...

Salam,
Maklumat yang baik buat semua.
Kalau boleh masukkan lagi maklumat tentang lokasi serta kejadian yang berlaku lebih mendalam.
Thanks.

fawi said...

wslm
terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya ...
Insya ALLAH , saya akan cuba...
kengkangan masa menyebabkan tak terlalu detail... takut nanti langsung x up citer tu kt blog..

trip ke Padang/ bkt tinggi sumatera yg juga menarik tidak dpt di up lg...

kalo nk join trip seterusnya .... contact ambe ...hjfawi@gmail.com

Naramas Aman said...

Assalamualaikum Hj Fawi,
Menarik nampaknya kembara tuan. Dapat pula melihat tempat-tempat yang orang lain tak berpeluang, tentu banyak ilmu yang ditimba.