Semasa dok merayau2 kat Tanah Abang, terjumpa adik kecil ni yg sedang meminta simpati orang ramai yg lalu lalang di situ. Mengikut cerita ibunya, anaknya itu ditakdir sedemikian rupa semenjak kelahiran lagi...kesian sangat...
Apabila dipelawa utk bergambar, adik kecil ini dgn senang hati membuat berbagai posing.
Agak payah utk nak membezakan semada dia senyum ataupun tidak.
Di malaysia pun banyak kes2 seperti ini cumanya tak berkeliaran di merata-rata tempat.
Pernahkah anda mengalami situasi dimana bateri handset dah 'kong' atau habis. ' low battery level'. Nak2 pulak kat tempat yg payah utk kita nak charging semula (hutan atau kat rumah org) atau keadaan yg terlalu suntuk.
Item ini cuma menggunakan sebiji bateri AA. mampu dipakai sehingga 6jam mengikut cara penggunaan handset.
Mudah dan praktikal digunakan. Connector boleh ditukar mengikut jenis handset.
Charger battery ini amat sesuai utk yg sedang bermusafir, cuma menggunakan bateri AA . masukkan ke dlm casing biru dan connetor itu disambungkan ke charging point pada handset. dan anda boleh sambung berbual..
Mudah dan selamat digunakan. tak perlu menunggu sehingga dpt jumpa plug... berharga 30K IR = RM11.
yg ini brand lain tapi nampak lebih berkualiti..harga sekitar 60K IR = RM22.
Hari nie teman nak citer sikit pasal masjid jamek Kpg Sg Tinggi. On the way balik dari Taiping (ada hal penting kat sana@ pi PC Fair) tgk jam dh pukul 1.10 tgh hari. So teman pun singgah ler kat masjid nie utk bersolat Jumaat.
Hari ni masuk kali ke 2 teman singgah kat masjid ni, kali pertama masa ada program tazkirah bersama Dato Seri Hj Nizar . Huuh...sejuk nya bila masuk dlm masjid ni dan berasa sungguh selesa. Ada air -condition beb...... tahu2 jer ler bila dah sejuk, nak beramal pun selesa dan nak terlena pun senang. Teman ghaser tak kurang 10 unit air-cond kat masjid tu. Hebat sungguh pentadbiran masjid nie..
Teringat kat masjid Daerah Manjung...renovation menelan belanja jutaan ringgit tp jemaah pakai kipas jer la...apa punya pala hotak...skrg nie cuaca memang terlalu panas...kesian kat jemaah ...
Kalu kat Masjid KDSK, nampak gaya skrg nie setiap waktu dah mula pakai air-cond...bagus ler (dulu cuma ON waktu kuliah maghrib) ..masa time solat Jumaat pun tak pakai ...apa pun teori teman pun tak tahu..????
Kalau hangpa pi solat subuh kat Masjid Daerah Kuala Kangsar@ masjid Ridzuwaniah..(huh memang teman berbangga sangat..apsal yekkkk???)...subuh pun air-cond ON....by timer lagi...huhhhhuhh
Permandangan di masjid Jamek Sg Tinggi selepas solat Jumaat tadi..
Ziarah ni pada tarikh yg sama ke Betong Dec 09 yg lepas. Kami sampai di Ummu Salamah ni agak awal pagi, sebelum pukul 8. Tujuan nya adalh tak lain dari menziarahi penghuni asrama ini, bertanya khabar dan menyampai sumbangan dari kengkawan.
Kemudahan di sini agak terbatas disebabkan oleh kewangan yg terhad. Dua adik beradik yg menjadi caretaker iaitu En Khairul dan En Mufahuddin. Keadaan jiran (org Kampung) dipersekitaran juga perlu dibantu bersama
melawat persekitaran asrama Ummu Salamah...
Asrama Lelaki yg masih memerlukan suntikan modal utk menjadikan ianya lebih sempurna. Tiada kemudahan tuisyen, komputer, buku2 dan tenaga pengajar yg sanggup datang utk menolong.
Dari kiri : En Khairul , En Mufahuddin dan Ayahandaku
Besar ganjarannya bg org yg membantu golongan yg dhaif.. Syabas Khairul & Mufah
ini anak2ku...supaya mereka melihat dan menilai nasib anak2 yatim dan org2 miskin
dan sentiasa terdetik dihati mereka utk membantu golongan yg susah/miskin
Ayahandaku cuma sbg wakil menyampaikan sumbangan
apa nasib adik nie....
sebahagian dari penghuni asrama Lelaki
Penghuni asmara perempuan bergambar bersama keluargaku Kawasan yg luas tetapi kekurangan dana utk diisikan dengan buku2, komputer, dll.
Saya dengan rendah hati, memohon sumbagan utk Asrama Ummu Salamah ini berupa wang masa dan tenaga supaya asrama ini mampu membela nasib anak yatim dan miskin.
Kepada mahasiswa2 yg mahu membuat program bersama Ummu Salamah amat2 lah dialu2kan terutamanya waktu cuti2 sekolah. Sila hubungi En Khairul 019- 569 1268