Sunday, September 26, 2010
Ceramah Ust Idris Ahmad & Dr Raja Iskandar @Ku Is di Kpg Serdang
Saturday, September 18, 2010
Bungkus Kerang di tempat sembelih babi....
KOTOR...dua peniaga kerang membungkus kerang berhampiran lokasi penyembelihan daging babi di pasar Chow Kit.
Penemuan itu dikesan selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjalankan pemeriksaan mengejut di pasar Chow Kit bagi mengenal pasti peniaga yang melakukan kesalahan mengikut hukum syarak.
Dalam serbuan kira-kira jam 5 pagi kelmarin, tiga peniaga kerang sibuk membungkus longgokan kerang dianggarkan seberat lebih 50 kilogram yang ditaburkan ke atas lantai pasar berkenaan.
Bagaimanapun, agak memeranjatkan apabila kerang yang mahu dijual kepada orang ramai itu didapati hanya kira-kira dua meter dari daging babi yang belum dilapah dan berdarah.
“Apabila ditanya, peniaga kerang terbabit seolah-olah tidak mengetahui ia perbuatan yang boleh mengundang rasa kurang senang pengguna Islam. Peniaga berusia 50-an terbabit mendakwa kerang berkenaan hanya perlu dibersihkan dan dijual kepada pelanggan di pasar berkenaan,” katanya.
Menurutnya, lokasi memproses kerang dan pusat penyembelihan daging babi terbabit yang terletak di tempat sama dianggap tidak strategik dan boleh menjadi haram dimakan sekiranya berlaku percampuran antara air atau darah khinzir dengan kerang yang diproses.
Menurutnya, kawasan pemprosesan babi terbabit tidak hanya terletak berdekatan pusat memproses kerang, malah turut terletak bersebelahan dengan pusat penyembelihan dan memproses ayam daging.
email dari amin....
Wednesday, September 8, 2010
Monday, September 6, 2010
Program Khatam Al-Quran & Bacaan Doa Syifa' di Maahad Tahfiz Dar Al-Abrar @ 5 Sept 2010
Saturday, September 4, 2010
Friday, September 3, 2010
FESYEN TUDUNG BERSANGGUL
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” - hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” – hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-
email dari Hafiz...