Thursday, May 26, 2011

Batas Kesabaran


Batas Kesabaran

(Tajuk: Majalah As-Sunnah Edisi 08/Tahun VI)


Orang berkata, “sabar ada batasnya”, “habis kesabaranku”, “sesabar-sabarnya orang, akhirnya tak tahan juga”. Apa atau dimanakah sebenarnya batas kesabaran yang dibenarkan dalam Islam? Apakah perkataan yang demikian itu dibenarkan dalam Islam?

Semasa Rasûlullâh shallallâhu 'alaihi wasallam marah ketika mendapatkan kekeliruan besar yang dilakukan oleh sesetengah sahabat, apakah bererti beliau telah kehabisan kesabarannya? Tentu saja tidak. Begitu juga ketika beliau shallallâhu 'alaihi wasallam harus bangun melakukan tentangan terhadap musuh atas izin dan perintah Allâh Ta'âla. Justeru perkara itu merupakan salah satu bentuk pendidikan kesabaran yang paling berharga.

Bersabar untuk marah, atau marah dalam kesabaran adalah perkara yang tidak mudah. Umumnya orang marah kerana memperturutkan hawa nafsu. Tetapi, tidak demikian dengan apa yang dilakukan oleh Nabi shallallâhu 'alaihi wasallam dan yang beliau perintahkan kepada umatnya. Itulah yang disebut, marah kerana Allâh Ta'âla, bukan kerana memperturutkan hawa nafsu. Marah yang demikian adalah beban yang hanya akan terlaksana jika dilakukan dengan sabar. Seorang muslim yang tidak lagi marah melihat kemusyrikan, bid’ah dan kemaksiatan bermerajalela di muka bumi, paling sedikitnya ia merupakan orang yang tidak punya rasa cemburu terhadap Islam. Dan ia termasuk orang yang tidak memiliki kesabaran untuk marah terhadap kemungkaran tersebut.

Sabar sesungguhnya merupakan salah satu ajaran Islam yang agung, namun sangat berat. Bersabar untuk marah, bersabar menahan amarah, bersabar untuk selalu istiqamah menapaki ajaran Islam sesuai dengan sunnah Nabi shallallâhu 'alaihi wasallam dan para sahabat, bersabar untuk tidak tergesa-gesa, bersabar untuk tidak menyimpang, bersabar untuk menjauhi larangan, maupun bersabar menerima musibah dari Allâh Ta'âla, semuanya merupakan perkara yang berat. Itulah sebabnya, orang yang sabar pasti selalu disertai oleh Allâh Ta'âla.

Dan bersabarlah, sesungguhnya Allâh beserta orang-orang yang sabar.
(QS Al Anfal : 46)


Jika sabar bergabung dengan taqwa, maka tipu daya musuh, betapapun piawainya, tidak akan membahayakan.

Jika kamu bersabar dan bertaqwa,
niscaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu.
Sesungguhnya Allâh mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.
(QS Ali Imran : 120)


Sabar mempunyai kedudukan yang tinggi dalam Islam. Seseorang akan memperoleh kedudukan sebagai pemimpin yang mulia di sisi Allâh Ta'âla, dan dapat menjadi ikutan umat, manakala ia bersabar dan betul-betul meyakini ayat-ayat Allâh Ta'âla.

Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin
yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka bersabar,
dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami.
(QS As Sajdah/32 : 24)


Walaubagaimanapun ia memerlukan perjuangan yang sungguh-sungguh hingga seseorang dapat bersabar dan mengalahkan hawa nafsunya. Yang jelas, sabar dalam Islam tidak ada batasnya. Wallâhu a'lam.

......ibnshafiee

Sunday, May 22, 2011

Ust Halim Nasir di Masjid Al - Ikwan, Venice Manjung


Buat julung kali, Ust Halim Nasir ( https://www.facebook.com/profile.php?id=1666792378 ) datang ke Manjung, setelah sekian lama tak bertemu. Berceramah di Masjid Venice sambil berjumpa sahabat2 lama semasa beliau di sini suatu ketika dahulu. Jazakallah diucapkan kpd beliau...












Sunday, May 15, 2011

Umno beri 2,000 kerakyatan kepada warga Indonesia di Selangor





PETALING JAYA: KEADILAN hari ini mendedahkan senjata kotor Umno bagi mengukuhkan undi dengan memberikan kerakyatan kepada 2000 pengundi baru warga Indonesia.

Timbalan pengerusi KEADILAN selangor, Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya mendapat maklumat itu berdasarkan surat yang ditulis Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor, Idris Abu Bakar kepada Menteri Dalam negeri, Datuk Seri HIshamuddin tun Hussien.

“Dalam surat itu, Idris memohon kelulusan untuk mendapatkan warganegara Malaysia (PR) bagi kawasan Parlimen Hulu Selangor. Berdasarkan senarai nama yang disertakan dalam surat itu seramai 2000 orang telah dipilih,” kata Zuraida ketika sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.

Zuraida menyifatkan tindakan terbaru itu menunjukkan Umno khususnya di Selangor terlalu terdesak untuk merampas semula negeri itu daripada Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut beliau, nama-nama yang sudah dikenal pasti itu dengan jelas dinyatakan dalam surat tersebut sebagai bakal pengundi yang boleh membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

“Idris dengan jelas menyatakan individu-individu yang dipilih seramai 2000 orang itu akan membantu kemenangan PRU ke-13 nanti.

“Menurut surat itu, mereka telah menjalankan ujian saringan terhadap 2000 warga Indonesia itu bebas daripada kesalahan jenayah, dadah dan ideologi yang berbahaya serta terpesong. Mereka semua adalah daripada kalangan pelajar, usahawan tulen dan berkerjaya.

“Idris meminta supaya Hishamuddin memberi kelulusan awal (minit kelulusan) supaya pihaknya dapat menguruskan permohonan dengan lancar dan sempurna,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Sementara itu, Zuraida turut menegaskan bahawa KEADILAN akan membuat laporan polis berkenaan jenayah dan dan salahguna kuasa yang dilakukan Umno itu secepat mungkin.

“Kita akan membuat laporan polis terhadap Hishamuddin dan Idris secepat mungkin. Supaya polis menyiasat perkara ini terutamanya di Hulu Selangor.

“Surat ini kita terima daripada sumber yang menyokong PR pada Jumaat lepas,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=13053

Friday, May 13, 2011

DS Ir Hj Nizar di Kopitiam Lumut @ 13 Mei 2011


Di sebelah petangnya, selepas DS Nizar melawat sahabat2 di hospital Manjung, seisi ramah mesra dan Hi-Tea telah diadakan di kopitiam Lumut.











towkey kedai.... tq auntie