Monday, June 17, 2013

Beijing Summer Trip @ cuti sekolah 7D/5N - part 2

Hari 3 (hari ke 2 di Beijing), pepagi lagi kami dh bertandang ke kedai Jade.. kununnya acara WAJIB.


JADE & CRYSTAL CENTRE



fokus makcik2 nie mendengar ...

 ape yg gelihati tu...

dh bosan le tu...

pendant ...

bersama tour guide yg fasih berbahasa melayu Indon



cantik ker ..??

dragonball

crystall ball

mencuba crystal spec yg di claim super  CLEAR..!!!

LUNCH

Waktu lunch, kami singgah sebuah restoran besar 4 tingkat. Tingkat 3 utk Muslim dan surau yg disediakan  agak besar dan selesa utk bersolat. Bersebelahan dengan tandas dan tempat mengambil wudhu. Gambar makan tak sempat nk snap sbb dh lapor...

Dalila di hadapan restoran

Disepanjang jalan menghala ke tempat makan, ada beberapa gerai cenderahati dan alas meja & tilam yg sudah tentu mampu menghilangkan fokus sebenar datang ke restoran ini. Antara barangan yg dijual, tgk ajer gambo2 kt bawah nie.....





Abg Aji sempat gak bungkuih utk cucu2.....

GREAT WALL of BEIJING

Inilah acara yg ditunggu-tunggu oleh semua peserta. Menyaksikan sendiri tentang kehebatan Great Wall yg dok dicanang-canangkan di dlm buku-buku dan media-media. Tembok Besar China ini mempunyai beberapa pintu masuk kerana panjangnya melebihi 8000 km. Terpulang kepada travel agent dan kita sendiri utk memilih yg mana satu. Kebiasaannya agent akan bawa masuk melalui entrance yg paling hampir dgn Beijing. ( dh tentu kos paling murah)

Saya memilih utk naik ke Great Wall melalui Badaling. Nak tahu sbb ape..??? Sebab kat situ ade disediakan 'çable car' dan nak pulak peserta2 yg teman bawak lebih separuh adalah warga emas... bila teman kasi tahu yg kita akan naik cable car,  ade yg dh susah hati (ade le 3 org makcik2 tu dh susah hati, gayat nk naik kereta kabel...hehhe)

 Dah tak sabor2 nak naik cable car

Sabor cik kiah... tak lari gunung di kejor.....

senyum cikgu Uda & Cikgu Hussin & Cikgu Hamidah...

Hazlan & Akmar ....anak2 cikgu Hussin

 Saudagar minyak Afiat, makcik Odah & cucu, Attiyah

Ayahanda & bondaku ...



Badaling station, View dari cable car

bila naik cable car, kita akan berada di puncak .. (view terbaek)



  
tengok background tu, cuma menapak sikit jer ...

Haiyaaa!!! kung-fu master ...






pergi dengan gang2 HARDcore... !!! ALLAHU AKBAR
ini jer peserta2 yg mampu dan sanggup naik sampai ke puncak yg paling tinggi

bersama soleh dan solehah..... 

 peace yooo.....







puas hati dpt sampai ke great wall...

Jay tgh test costume panda....tebal gak x sesuai kt mesia

Pengalaman ke Great wall memang menarik.. Jom melancong bersama saya : hjfawi@gmail.com

Wednesday, June 12, 2013

Beijing Summer Trip @ cuti sekolah 7D/5N - part 1


Alhamdulillah, bila sampai di airport Beijing dlm pukul 2 am, kami terus dibawa ke hotel muslim untuk berehat dahulu. Masa tu pukul 3 pagi dah masuk waktu Subuh, so tunggu je la sampai subuh baru lelapkan mata.
Kali ini jumlah peserta ialah seramai 24 org

Hari ke ke-2 selepas selesai breakfast, kami di bawa berkunjung ke Summer Palace, daerah Haidian. 15Km dari Beijing. Kawasannya terlalu besar yg merangkumi tasek, bukit, istana dan tokong. (court, Front Hill,  rear hill & lake)

Kita boleh menaiki feri yg disediakan utk bersiar2 di sekitar tasek. Taman ini didirikan pd asalnya sbg tempat utk raja dan kaumnya beristirehat dan berhibur pada musim panas. Mengalami kerosakan semasa berlaku peperangan dgn askar Perancis bersekutu.


kami dah sampai beijing, anda bila lagi...

Jambatan 17 Archa, Shiqi Kong Qiao, 150meter panjang

Taman ini mendapat pengiktirafan UNESCO pd 1998. Ramai juga pelancung2 Malaysia yg kami temui di sini yg berkebetulan musim cuti sekolah. Masa yg diberikan cuma 45 minit. sempat meninjau yg dekat2 je la sambil ambil gambar2 yg patut utk kenangan.

Gambar2 yg dirakam di tempat terbuka terlalu exposed kerana cuaca berjerebu... nampak putih je background... x der rezeki, nak buat mcm mana.....


Menara yg menghadap ke jambatan

Senibina di bahagian dalam menara, begitu teliti dan berwarna-warni

inilah feri yg membawa pelancung mengelilingi tasek

ada plak persembahan kebudayaan oleh kaum yg berasal dari utara China

10 yuen @RM5 utk topi kertas yg berwarna nie

 Setelah penat menikmati keindahan Summer Palace, tiba masa utk menikmati hidangan makan tengahari yg pertama kali di Beijing.. ape le ghaser nyer !!! Makanan muslim china di restoran muslim, ok lah not bad... banyak sayur-sayuran. Tp ade plak makcik Hasnah yg begitu baik hati yg berkongsi bekal makanan sampingan dari malaysia.... iaitu ikan pekasam.. mmg terbaek la...itu lah Turbo..!! 

Jemput makan, jgn segan2... tp yg 1st time nie mmg dpt pinggan.

Selepas selesai makan, acara seterusnya ialah melawat ke tempat2 WAJIB yg disediakan oleh "kerajaan China". Kedai sutera... makcik2 nie start gatal tangan nk membeli-belah. macam biasa taklimat ringkas mengenai sutera China didendangkan sbg yg terbaek... betoi ker ???

Harga kain ela sutera di sini rasanya berpatutan.. lebih selamat membeli kain2 di sini kerana tiada 'mark up price' yg melampau-lampau. GOOD for Money..!!

semua tekun mendengar penerangan mengenai sutera China

Inilah bentuk 'kapas sutera' yg sudah dipintal-pintal, cepat serap air jika dibanding dgn kapas biasa

dengor jgn  tak dengor ......

Design comforter sutera cantik tp harganya mencecah ratusan ringgit... merasa pegang cukup ler .!!

Selepas rombongan Cik Kiah selesai membeli belah di kedai sutera, kami beredar utk menunaikan Solat di masjid Haidian. Masjid ini telah terbina sejak beratus tahun dahulu sejak penghujung Dinasti Ming.





Seni khat 

memory of Haidian Mosque

Ianya seperti menjadi satu piawaian di mana dewan solat sentiasa berasingan dari tempat wudhu dan tandas. Selipar2 disediakan kpd pengunjung2. Kena bawak 'kole atau teko ayan' kalau nak ke tandas sbb paip jarang2 disediakan.

Setelah selesai kami dibawa ke kedai bamboo a.k.a buluh. Salah satu sesi lawatan wajib yg telah disediakan oleh agent.

Dah ready nak dengor taklimat

Antara produk2 yg dihasilkan dari bamboo...Stokin menjadi HOT item


Tuala mandi dari bamboo

Acara akrobat mmg best tapi tak dibenarkan merakam gambar atau video..
mmg hebat !!  ... MUST SEE


Kepada sesiapa yg berminat nk melancong ke Beijing boleh contact ambe.. hjfawi@gmail.com