Monday, July 22, 2013

Guangzhou Part 1

Sampai di airport Guangzhou pd pukul 1 pg, kami terus dibawa ke motel atau Inn yg boleh dikira selesa kerana harganya yg begitu berpatutan. 

Suasana di airport pada pukul 1 pg

 inilah nama motel tempat menginap. Bg yg biasa ambil heavy breakfast, kena la pi kedai makan muslim yg letaknya berhadapan dengan motel nie. ( hotel nie TIDAK menyediakan HALAL food)

 bilik selesa , bersih, dan paling penting air-cond individu (di china kalau jenis yg centralised, bila waktu pagi confirm panas) WiFi pun available di setiap bilik dan lobi hotel

Jaraknya ke pusat bandar lebih kurang 10-15 minit. Kalau nak senang menginap saja di Lido Hotel di Beijing Lu, mmg soppin sakan le.. cuma kos bilik agak mahal la sikit tp masih berbaloi-baloi sbb night market nya cuma depan hotel. Dan dah ade kedai makan Muslim yg berdekatan hotel.

 toilet pun OK.....

ini tempat Burning cream, acara wajib gak. 

Bagi yg belum pernah sampai ke China guna pakej, pelancung2 akan di bawa ke tempat2 tertentu spt kedai permata, sutera, Jade, crystal, cream-kosmetik, produk dari buluh, urutan dan teh. Tempat2 spt ini kkdg begitu mahal, make up price gila2... kedai sutera di Beijing lbh bagus dari di Guanzhou

 bule sewa kalo mau, siap dgn pemandu

 5 rams statue : mitos yg tak brp jelas... kalau yg sakit lutut tak payah ke sini
tp kat sini je yg ade jual cenderahati spt keychain, fridge magnet....so terpulang

 tu dia anak tangga..... dan mmg kawasan ni agak berbukit... mmg cungap gak.

bunga ape nie...??

 kiut jer tong sampah utk recycle nie

Nike factory store....

bentuk lbh kurang kedai Nike tp ini out-patient hospital...!!!

 Restoran Abdullah, mostly kami byk mkn disini jer... Byk pilihan  makanan yg disediakan.

Solat Jumaat di masjid Abi Waqqas 


Selepas lunch, kami terus dibawa ke Masjid Abi Waqqas utk menunaikan solat Jumaat. (ingatkan dh miss solat Jumaat) Bagus betul la Tour guide nie,  Daniel ( free thinker) yg sentiasa aware psl Muslim prayer. Dan disebabkan hari Jumaat maka jalan masuk ke Masjid telah dipenuhi oleh peniaga2. Bas tidak boleh masuk sampai ke dalam.

 tour guide kita org yg baju biru menunjukkan jln masuk ke masjid...penuh dgn peniaga2 mencari rezeki

trade mark utk Masjid Abi Waqqas


 menyusuri jalan ke masjid... kalau terus boleh sampai ke makam Said Abi Waqqas
tp kami x sempat utk nak ziarah kerana kesuntukan masa.

jalan menuju ke dewan solat

macam biasa semua mencari port yg sejuk...mmg musim panas pun.!!!

 permandangan di dewan masjid tingkat bawah



Permandangan di tingkat atas dimana khutbah dan Imam solat berada. Pelbagai kaum datang menunaikan kewajipan...

berpeluh-peluh solat kali nie... dan ade plak hamba Allah yg menghulurkan tisu utk mengesat peluh... Masya ALLAH

bila pulang baru nampak tulisan Arab (sblh depan tulisan Cina)

Yg nie kira mcm 'laban'ais... ade videonyer sekali..sempat gak shoot.
 Geram bila tengok pelbagai juadah yg dijual disepanjang perjalanan nk keluar dari masjid. dah rasa mcm pasar ramadhan la pulak

Macam nasi Arab jer...

macam kue tie yaw tp lebih besar saiz nye dan berwarna kuning...

 Satay kambing dll.... fuhh..kecur air liur bila teringat


pelbagai barbeque daging tersedia utk di makan...

Comei nyer tempat makan...

 Perahan jus limau asli....kalau di indon air nie dipanggil air Jeruk


vcd cetak rompak pun ade jual gak

Pengamen...atau peminta sedeqah memang ramai tp statik...terpulang kpd kita. 

Ade disesetengah tempat pengemis2 nie mengejar dan menarik2 tangan supaya menghulurkan wang kpd mereka. Kalau ada rezeki utk sampai lg, InsyaALLAH, kena pastikan lunch disini supaya dapat merasa masakan dan makanan yg rasa dan suasananya lebih bersifat 'local'. Kena sedia duit tukar banyak2 supaya boleh bersedeqah kepada yg kurang upaya dan kumpulan2 NGO yg mencari dana utk masjid dan komuniti Muslim di sana.

Berminat boleh contact ambe hjfawi@gmail.com. Jom melancung.....



Saturday, July 6, 2013

Padang / Bkt Tinggi


Pada tarikh 3 Nov 2012, seramai 43 ahli rombongan Cik Kiah berlepas ke Padang / Bkt Tinggi. Ada yg pergi buat kali pertama dan ada juga yg dh kali ke-2. Bila di tanya kenapa nak repeat, jawapan mereka ialah 'unik' dan makanan nasi padang yg original membuat mereka teringat-ingat... 


Ayahanda terpaksa jadi wakil rombongan.... (bidan terjun)


Cenderahati dari pihak pesantren ( sempat gak buat derma kilat)

Kacang rebus dan kerepek ubi... simple tp penuh bermakna

kpd sesiapa yg berminat utk bersilatur rahim

steady jer uncle2 nie menjamu selera... mmg terbaekkk makanan di sini



disalah satu kedai kain

cara masakan mcm Bahulu


Sempat gak mendengar kuliah subuh di masjid Asy-Shifa. Dan memang menjadi satu kemestian utk mendapatkan hotel yg berhampiran dengan masjid supaya dapat sama2 merasa bersolat berjemaah dgn penduduk setempat.

Saya suka suasana kedai An-Nisa kerana susun atur, design dan material kain2nya yg nampak advance sikit dan pekerjanya yg ramah. Di luar kedai pulak ade sudut 'mengopi' utk pengunjung minum2 dan ada kedai cenderahati spt tshirt , keychain dsbnya.

TASIK MANINJAU


Panorama Sg Landir

MUST GO






Jam Gadang menjadi mercu tanda Bkt Tinggi


Poi & family ....

Lon & Family


keropok Mee .... jom cuba..!!!






Last kedai kain, Saisuak yg disinggah, budak2 kecik dh mengeluh kebosanan..


Biasanya rombongan akan singgah di Waterfall, Lembah Anai pada waktu pergi tp disebabkan nak kejar masa ke Pesantren, so kita decide singgah masa pulang dari Bkt Tinggi. Walaupun hujan, kita org masuk jugak utk melihat kejadian ciptaan ALLAH.


Sebelum pulang, kami singgah untuk makan tengahari di Restoran besar bernama Lamun Ombak. Tengok gambar  kat bawah tu, mewah betul makanan yg dihidangkan.. InsyaALLAH , saya akan datang lagi......



kepada sesiapa yg berminat nak makan angin ke Padang/Bkt Tinggi , contact ambe hjfawi@gmail.com. Kita pi ramai2 ke sana....