Thursday, October 8, 2009

Kes Air Tin......jeng...jeng...jeng



Kali nie teman sajer bg topik lain, kasi relaks sikit..release tension...org lain semua dok citer pasal Bagan Pinang...sampaikan blog memasak pun boleh komen pasal Bagan Pinang..

almaklumle semua orang sedang memerhatikan nasib UBN... kecundang maksudnya tanam ubi kayu ler puak2 ameno nie...yg paling hepi semestinya Mat hassan..

Mengikut pengiraan 'falak' yg teman buat sebentar tadi, setelah diambil kira campur tolak tipu undi, pengundi hantu, undi askar maka dgn ini saya sebagai penyimpan mohor2 kecil blog hjfawi mengumumkan PAS akan menang tipis dgn majoriti undi sebanyak 456 sahaja...

kisah air Tin...

Sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. pas tu mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat.

kadi tanye kat pompuan tu... . "kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu?


pompuan tu jawab... "saya yang mengandungkan anak tu. saya yang melahirkan anak tu.

dia keluar dari perut saya."






si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni kadi akan tanye dia lak. ahhh... sudah... mende aku nak goreng kadi ni... .kadi pun tanye si jantan...

"hah... kamu... .bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela"


"tuan kadi... kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya 'masukkan' dalam vending machine, pas saya 'tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. saya nak tanye tuan..air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?"


jawab kadi.."hak kamu le.."


jantan tu kata lak.. "hah... sama le kes ni pun. Kan tuan... kan... kan "




P/S :

1. Jgn samakan isteri anda macam vending machine.
2. Jgn samakan anak anda macam air tin

3. Jgn samakan 'anu' anda cam duit syiling ... hehehehehhe "

4. Undilah calon PAS


received by email




Tuesday, October 6, 2009

Jang!! Jangan makan tolor robuih..


Cerita pasal telur rebus



blogjamu.blogspot.com


Aku ada cerita ni... lawak la jugak.. tapi jangan ketawa tau... Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap. . so aku dah tak kisah lagilah..



raydrevil.blogspot.com

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.




elquadrat.blog.friendster.com



Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama... Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT! !!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata SURPRISE!!


HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku. 'dah lama ke pak sampai?'.
Dan pak mertua aku pun jawab.'Dah lama.... Sebelum kentut pertama lagi!!'..:





MORAL : jgn main sdp kentut jer.hehehe…


received by email


Kena Tindih @ Sleep Paralysis



Kena tindih / Sleep paralysis
Janganlah kite ni selalu tuduh hantu le, jin le....tahyul semua tu..Fenomena kene tindih...kepercayaan dan kebenaran..
just to share... aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni....... betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?


Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan,hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer) ....
kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur pernah ade pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu...aderla dalam 3-4 kali jugak....masa tu aku sedar...boleh bukak mata separuh...... aku tau aku sedar...tapi takleh gerak...kadang2 geram, sbb takleh gerak.....pastu 5 minit baru leh gerak....aku dulu pun takut...mmg ingat kena hempap dah...lps boleh gerak tu seram sejuk jer... tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia..... baru la aku tau kebenaran dia..... ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis'

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'...adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara).. ... temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis)

ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.... .waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage.....otak akan bagitau badan kita suruh rehat...so, badan kite kira macam switch off kejap....REM atonia (tader muscle tone)......

ok, otak kiter pun ader switch off button....dipanggil reticular activating system RAS.......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni...so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on....kirenyer screensaver laaa or hibernate... so,, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake state....tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter.... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... before otak activate balik....mmg menakutkan tapi benar..... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc....
Satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations(halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)

Sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:
1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni...penat sgt)
4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2
5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal....heheh extreme sgt contoh aku ni)
6. orang yang ader penyakit narcolepsy

So jangan lagi kata kena hempap ngan hantu... Korang lagi hantu sebenornye.........

Tapi kalau korang yang terutamanaya kaum wanita tu kalau celik jer mata tiba2 kena tindih dek Tok laki jangan la korang baca ayat Kursi tu..nanti tebakar lak Tok laki..bacalah Alhamdulillah!!!!.....

Heheheeeee?..

received by email

Monday, October 5, 2009

Betoii ka ??

Betoi ka MB N9 ( Mat Hasan) ada kata lagu nie

Tolong PAS, Umno mampus.
Tolong Umno, aku yang mampus.

rasuah salah, tak rasuah kalah.. Nur12


boleh tambah....lagii
panazzzzzZZZ






menu hari ini




Friday, October 2, 2009

Air Tebu.. RASUAH lagiii.....

Air tebu dah jadi citer la pulakk....

http://shw.mmasreena.fotopages.com/19188838.html


Hari ini di laporkan UBN pepagi bute dah bg supply air tebu kat semua org di hari penamaan calon N31 Bagan Pinang. Betoi ke tak teman pun tak berapa sure sbb tak der gambar mengiringi informasi tersebut.. apa2 pun teman kasi sikit informasi air tebu@sugar cane utk tujuan penambahan ilmu.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgcb00bfzmruWAYYyDCXt-fwiF6U0B4_dvlg4Z-nUdoqO66rR3rifg1PURt2HviIYDB5kQI8FAmXtqdeDsZE2a63HzfwshMbsaK_PygdIDFXE-uELuJyjnIr43b76x18HXPAf_QPpxo5I3B/s400/freshsugarcanedrink%5B1%5D.jpg


Kalau bulan posa memang terliur di buatnya...

Masa muda2 dulu, teman ada buat part time jual air tebu kat Sg Way, kat situ banyak awek2 yg keje kat kilang electronic. ada satu mamat nie pun jual air tebu gak, tapi dia terlalu sibuk melihat awek2 yg lalu sampaikan dia lupa jari nya dah sampai ke mesin tebu.. apa lagi memancut ler darah ....pehhhh memang ngeri...
sejak dari hari tu...teman sentiasa jalan 'tunduk' bila nampak awek....

Informasi air tebu:

Tebu merupakan dari keluarga rumput yang berasal dari Asia Tenggara. Batangnya yang tebal menyimpan sukrose dalam batangnya. Dari cecair ini gula dihasilkan dengan mengeringkan airnya. Gula yang dikristalkan telah dilaporkan semenjak 2500 tahun dahulu di India. Biasanya, tebu yang bengkok adalah kurang manis berbanding tebu yang batangnya lurus. Kebanyakan tebu yang biasa dilihat adalah tebu yang berwarna kuning dan juga tebu yang berwana hitam. Sekitar abad ke-8 A.D. orang-oramg Arab memperkenalkan gula ke Mediterranean dan dari situ ia ditanam di Sepanyol. Ia merupakan salah satu tanaman terawal yang di bawa ke Amerika oleh orang-orang Sepanyol.


pokok tebu@Saccharum officinarum

http://arluki.files.wordpress.com/2008/10/untitled-1-copy.jpg

Tebu telah ditanam secara meluas di Caribbean dan masih lagi merupakan sumber ekonomi penting di beberapa pulau. Sewaktu penjajah, gula adalah satu keluaran utama bagi perdagangan segitiga bahan-bahan mentah Dunia Baru, pengilangan Eropah dan hamba Afrika. Perancis mendapati tebu di pulau-pulaunya begitu berharga sehinggakan ia menukarkan Kanada kepada Britain bagi mendapat kembali Guadeloupe, Martinique dan St. Lucia mereka pada akhirnya Perang Tujuh Tahun. [Belanda|Dutch]] turut mengekalkan Suriname, koloni gula di Amerika Selatan, dan tidak cuba mendapatkan kembali New Netherlands (Amsterdam Baru). Tebu Cuba menghasilkan gula yang menerima sokongan harga dan pasaran terjamin di USSR; pembubaran negara tersebut memaksa penutupan kebanyakan daripada industri gula Cuba. Tebu masih merupakan bahagian penting ekonomi bagi Barbados, Repbulik Dominican, Guadeloupe, Jamaica, Grenada, dan pulau-pulau lain. Industri tebu adalah eksport utama bagi Caribbean, tetapi ia adalah dijangka akan gagal dengan penghapusan keutamaan (preferences ) Eropah menjelang 2009. ( http://ms.wikipedia.org/wiki/Tebu)

Komen teman:

Pada hari ini UBN kasi air tebu utk meraih undi yg kononnya rakyat diutamakan, Rasuah didahulukan. bagi salah, tak bagi lagi ler rasa berSALAH. ituler UBN rasuah..

Thursday, October 1, 2009

Apo kono ehh Jang!!! @ Koleksi gambar2 di sekitar N31 Bagan Pinang



Apo kono ehh Jang!!!

Yg nie tak tahu apa nak komen..... Buat lawak ker atau gimik politik teman pun tak tahu

Markaz DAP/PAS Teluk Kemang


Menawarkan perkhidmatan pemeriksaan perubatan percuma di Taman Sirusa


Belon ni ada kat Teluk Kemang. Kat sini nampak ada fight sikit.
Bendera PAS pun banyak jugak

Pintu gerbang nie kalau bubuh bendera PAS pun cantik jugak

Bilik Gerakan PAS kawasan Jelebu


Markaz baru PAS Bagan Pinang heehe..Rumah Zaitun tempat bela rusa

Di dlm kawasan kediaman ini, penuh dgn rusa

Bahan2 sejarah ni diletakkan di sebelah Muzium Tentera Darat

Bertentangan dgn kpl terbang dan kereta perisai lama

Taman Raya atau hantu raya, terlalu banyak rumah yg kosong

Ayamas Integrated Poultry memang boleh di jadikan contoh

Ini bukan kem POLIS atau kem tentera!!! Ini reban ayam moden, kurang bau , lalat dan bersih dari pencemaran. Ayam Dinding @DPSB patut buat mcm nie.
Dah lama org kpg Segari merana dgn bau dan lalat

OPSSS!! YB Linggi nak lalu...

Jambu no. kereta nie..

Apabila anda keluar dari highway PD menuju ke Teluk Kemang, signboard ni anda akan jumpa. Berlatih mengundi@memangkah PAS insyaALLAH...

komen teman :
Mari kita turun ramai2 memberikan sokongan untuk kemenangan calon PAS di N31 Bagan Pinang. Kita tunjukkan kepada org ameno sana cam mana ghasernya ombak tsunami. kita penuhkan jalan2, di sana dgn org2 PAS. kita tunjukkan kekuatan kita mcm yg biasa2 di hari penamaan calon dan dlm tempoh berkempen.

yang menarik:
kat kawasan Bt 4 Port Dickson, Majlis Perbandaran menawarkan WiFi percuma kepada pengunjung2. kira2 1km dari Markas Induk PAS di Bagan Pinang..

malam kemarin, masa dok pekena teh tarik kat Bangi Kopitiam, Bt 4, PD. ada satu gang ameno dok lepak depan kita org dan dok cakap kuat2. " apa nak lagi, kat mesia ni semua dah ade, sekolah ada utk nak belajar, ada banyak masjid utk nak sembahyang dll blah3..." tapi mamat ni masa dok cakap, mata tengok kat teman..teman pun ghaser pelik gak..sebab tgh layan internet ..teman pulak pakai baju favorite upin&ipin@ Geng the movie..bukan t-shirt PAS pun. Tanya kat member, kat dahi/muka nie ada lambang PAS ke??? Mat Yee senyum jerrr...
Hujah cam nie, bg anak2 PASti Ar-Raudhah pun boleh jawap..mangkok hayun punya ameno..cerdik tak der, bodoh tak boleh diikut..

Mansuhkan ISA .......di Bagan Pinang

Projek Segera B-end di N31 Bagan Pinang

Seperti kelaziman bg setiap kali pilihanraya, B-end akan menggunakan segala usaha baik secara halal atau HARAM utk terus mengekalkan kuasanya. Pada kali ini, kontraktor sibuk menurap jalan raya dari Pekan Port Dickson menghala ke Teluk Kemang. Di Pekan Lukut, malam2 sibuk buat kerja membaiki jalan.

Di hadapan Markaz Utama PAS

Turap jgn tak turap


Gambar di Lukut tak sempat nak tangkap sebab perut dah lapor. mood kira nak makan jer..