Wednesday, May 21, 2008

posting ke blog DS khir Toyo

Asm DS
Kemelut politik UMno semakin parah,tiada kata sepakat dlm parti, semua menjaga perut masing2, penyudahnya, bahtera UMno semakin karam. Org yg bagus bekerja di dlm UMno, dicantas dan diganti dgn yg korup. Saya kira DS lebih arif ttg benda ni,tetapi kerana nak menjaga harta dan nk buat harta, Org yg bagus dan "play by the book' akan diblacklistedkan kerana ini bakal menggangu urusan pengkayaan. Ini menjadi liability kpd Umno,minta maaf cakap ini termasuk DS sendiri.
Ambik iktibar kes yg berlaku, rumah berjuta rm tapi mati dlm keadaan hina. Nauzubillah. So, pastikan duit kita nk pakai tu HALAL dunia akhirat. Kita buat aniaya kt org, ALLAH akan balas nanti.

Kalau kita di pihak yg benar lambat laun benda baik tu akan terserlah juga.

Actually Umno masih boleh mendabik dada kerana Umno masih menang dikebanyakan tempat yg ditandingi. Ada 3 atau 4 kerusi Parlimen je yg kalah. adat le tu. Cuma malu dan panik yg lebih, kerana 5+1 negeri dah hilang ke tgn pembangkang. Sebenarnya pembangkang pun terkejut dgn keadaan ini. target nk jadi pembangkang yg kuat,tup2 dpt perintah negeri.
Terkial2 ler upah org utk jahanamkan fail2 sulit kerajaan. Disini kita tgk betapa gentleman nya Koh sh koon, apabila kalah, dia handover kat LIm GE. MB lain spt perak, s'gor, kedah terus senyap tak dengar berita 2-3 hari. Saya secara peribadi, sbg seorg Islam terasa amat malu dgn pendirian yg ditunjukkan oleh org yg bukan Islam. sepatutnya kita yg kena tunjuk teladan. Minta maaf sekali lagi DS.( harap disiarkan).

Kalau kita kerja kerana ALLAH, kita tak takut pd sesiapa pun. kerana kita yakin ALLAH sentiasa bersama kita. Tgk Presiden Iran, Ahmadi nejad sikit pun tak takut pd Kuasa2 besar. Hebat imannya.

PRU12 telah memberi signal yg jelas ttg kemahuan rakyat selain dari uMno. kalau umno mahu terus relevan di mayapada ini mereka harus mungubah cara bekerja dan fikiran. mesti 180 darjah perubahan. kalau PR baik..UMno kena buat lagi baik atau yg terbaik utk menangani hati rakyat.
mengikut sejarah, kerajaan Islam yg hebat pd satu ketika dulu pun boleh tumbang apabila sampai masanya apatah lagi setakat kerajaan BN/Umno.

so fikir2kan lah

sekian Wassalam.

Sunday, May 18, 2008

zakat

Zakat merupakan asset penting dalam menangani permasalahan umat islam masa kini. Dalam kemelut harga barang yang begitu menekan rakyat. Mekanisma zakat mampu meringankan beban hambaALLAh untuk meneruskan kehidupan. Bantuan perlu disalurkan kepada Anak2 yatim, pelajar2 dan fakir miskin yang memerlukan bantuan segera dari segi makanan, perlindungan dan pelajaran. Dalam Islam, rukun Islam yang ke4 memberi penegasan tentang kewajipan berzakat dan kelayakan penerima zakat Semua orang tahu bahawa 8 asnaf yang layak menerima hak mereka.

Yang menjadi isunya sekarang ialah permohonan untuk mendapatkan zakat amat payah dan terlalu banyak birokrasi.

Mengikut perkiraan, sepatutnya zakat perlu dihabiskan demi untuk kebaikan asnaf yg 8 itu. Bukan di gunakan untuk pembelian saham atau pelaburan tertentu.

Kepentingan zakat perlu diambil berat oleh negeri2 yg dikuasai oleh Pakatan Rakyat supaya boleh dijadikan sumber penting dalam menjana negeri berkebajikan.

wassalam