Sunday, May 18, 2008

zakat

Zakat merupakan asset penting dalam menangani permasalahan umat islam masa kini. Dalam kemelut harga barang yang begitu menekan rakyat. Mekanisma zakat mampu meringankan beban hambaALLAh untuk meneruskan kehidupan. Bantuan perlu disalurkan kepada Anak2 yatim, pelajar2 dan fakir miskin yang memerlukan bantuan segera dari segi makanan, perlindungan dan pelajaran. Dalam Islam, rukun Islam yang ke4 memberi penegasan tentang kewajipan berzakat dan kelayakan penerima zakat Semua orang tahu bahawa 8 asnaf yang layak menerima hak mereka.

Yang menjadi isunya sekarang ialah permohonan untuk mendapatkan zakat amat payah dan terlalu banyak birokrasi.

Mengikut perkiraan, sepatutnya zakat perlu dihabiskan demi untuk kebaikan asnaf yg 8 itu. Bukan di gunakan untuk pembelian saham atau pelaburan tertentu.

Kepentingan zakat perlu diambil berat oleh negeri2 yg dikuasai oleh Pakatan Rakyat supaya boleh dijadikan sumber penting dalam menjana negeri berkebajikan.

wassalam

No comments: