Sunday, June 15, 2008

posting ke Blog DS Khir Toyo 160608

Asm DS

Sekalung tahniah buat DS kerana artikel kali in nampaknya lebih rasional. Pandangan DS dan komen2 dari sahabat blogger adalah hak masing2,cuma pastikan kita berhujah tanpa terlepas dari tata susila yg baik lagi mulia.

Dari maklumat yg saya dapat, pendapatan negeri Selangor merupakan yg terbesar di Malaysia, ianya bersamaan utk 2-3 buah negeri yg lain. Sebab itu kerusi MB selangor ini terlalu panas semasa Bn memerintah. Projek bikinan terserlah di depan mata. Pada pandangan saya,utk mengatakan Selangor menuju kebankrapan adalah sesuatu yg amat payah diterima kerana Selangor dah sememangnya negeri yg maju dan dari segi logistiknya ditengah2 malaysia- center of business activities. Tokoh yg memegang tampok MB selangor skrg ni bukan calang2 org. beliau adalah antara org yg termuda menerima TanSri kalau tak silap ( correct me if i'm wrong) tapi saya tak menafikan segala kebaikan dan kehebatan semasa era DS dan sebelumnya.

Pembangunan yg bagaimana kita kejar, apa bench mark yg kita pakai? Pembangunan tidak akan berjaya jika tidak diberi penekanan kepada pembangunan rohani terlebih dahulu. Apa erti semua ini bila bayi haram yg baru lahir semakin banyak, adik2 perempuanku bajunya semakin sendat, Solat dan Al-quran tidak dikenali. Soal air percuma itu perkara kecil dan lebih kepada gimik politik yg berjaya diraih oleh PR. Saya kira kalau kerajaan sanggup berjuang dan berkorban, pasti rakyat juga sanggup berkorban.

Kutipan ZAKAT selangor melebihi 200 juta.Kalau PR dapat mengunakannya sebaik mungkin dgn ditadbir dan dihabiskan utk kemaslahatan umat(bukan dilaburkan utk saham atau pelaburan tertentu) nescaya org tidak akan teragak2 utk membayar zakat di Selangor.
Ini dibuktikan semasa pemerintahan PAS di Trengganu, tahun pertama 7 juta - tahun ke4 menjangkau 45 juta .
Pesanan Datuk Mufti perlis dlm Mingguan M'sia itu merupakan satu peringatan penting kepada semua pemimpin supaya menjaga harta rakyat sebaik mungkin.

wassalam

No comments: