Thursday, October 29, 2009

Pak Salleh berpantun...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhc_qVrMDthhJWNlGCLuKkE5Ntrp6qy7meXWseyYz97Qry2AnQG4SQdiQuTQOo4EqW9jY3CvPM76jB7iwVqMGpFEetZr0nnyh7d1DkbBAyR1-V72Xr5K-RYIXztXnPT0J3mlJ0mkjX1flE/s400/salehbakar.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh7EhYZQUBe9OSuAwHQbz5AAfmLg_r-DXGhzADgRpK0gBbTyhWSuv59B-FjeiK06WuMIAwtsWz9HoZAAHzbhCFUo-PVhqkejsCgEHjDD1koxi4fDX1tvU6Z0Z61BFdkuAPVFRxcGWh68nE/s400/mogok7.jpg


Pantun 2 Kerat

Buah Cempedak buah Nangka

Sokong peRASUAH di akhirat CELAKA


Buah betik buah nenas

Hilang kuasa hati panas


Buah duku buah langsat

Tolak ISLAM diakhirat bangsat


Buah manggis buah rambai

Ketua munafik Abdullah Ubai


Buah nenam buah tembikai

Janji munafik tak boleh pakai


Buah kelapa buah peria

Orang Mukmin di akhirat ceria


Buah limau buah petai

Diakhirat orang mukmin bersantai



HMS Abu Bakar

3 Zulkaedah 1430H @ 22 Oct 09

Wednesday, October 28, 2009

lepas Kren 1 masuk laut...Kren 2 plak nak ikut....Part 2






Mengikut pandangan sisi saksi2 yg berada di tempat kejadian, kejadian ini berpunca dari pemandu kren yg melompat2 dan ini menyebabkan kren itu tidak stabil dan ditambah pula tiada pemantauan khusus dari pihak JKR. Kami sedang menunggu laporan dari Suruhanjaya Diraja utk simpanan di masa hadapan.

Kete masuk Laut....lps tu kren pulak...part 1




Tuesday, October 27, 2009

Menguap...

Assalamualaikum wa rahmatullaahi wa barakaatuh,

Salah satu perkara yang sering mengganggu kerjaya kita adalah “MENGANTUK”.




Menguap merupakan ciri2 orang yang mengantuk. Sebenarnya ia merupakan gangguan syaitan yang menginginkan kita lalai dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita. Maka di sini ingin saya kongsikan tips dari Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam untuk menangani gangguan syaitan ketika “MENGANTUK” yang menyerang melalui senjatanya “MENGUAP”.


http://bengkelrohani.blogspot.com/2009_01_01_archive.html


HADIS TENTANG MENGUAP :

الْعُطَاسُ مِنَ اللّهِ , وَالتَّثَاؤُبُ مِنَ الشَّيْطَانِ , فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَضَعْ يَدَهُ عَلَى فُيْهِ , وَإِذَا قَالَ : آهْ , آهْ , فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَضْحَكُ مِنْ جَوْقِهِ . وَإِنَّ اللّهَ عز جل يُحِبُّ الْعُطَاسَ ، وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ .

"Bersin itu dari Allah dan menguap itu dari syaitan. Jika salah seorang kalian menguap, maka tutuplah mulutnya dengan tangannya dan jika ia mengatakan `aaah...', maka syaitan tertawa di dalam perutnya. Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap." (Hadis riwayat. At-Tirmidzi )



FAEDAH DARI HADIS:


1. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberitahu kita bahawa menguap berasal dari syaitan gangguan Syaitan.

2. Oleh itu, apabila kita menguap atau terasa hendak menguap :

a. Berusaha menahannya sedaya upaya.

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam :

"Apabila salah seorang dari kalian menguap dalam solatnya, hendaklah ia berusaha menahan menguapnya sedaya mampu kerana ia boleh menyebabkan syaitan masuk." (Hadis riwayat. Muslim)


b. hendaklah kita menutup mulut (samada dengan tangan kiri atau kanan, depan atau belakang, kerana Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam tidak menetapkan mana2 bahagian),

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),


Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).” (Hadis Riwayat Muslim)

c. Elak dari mengeluarkan bunyi ketika menguap. Seperti “Haaaaaah” Kerana apabila seseorang itu menguap sambil mengeluarkan bunyi, maka Syaitan akan ketawa. (mungkin sebab tulah ada orang terdengar hantu2 ketawa di banggunan baru ijn :-).


d. Elakkan juga mengangkat suara ketika menguap.


Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),


“Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)


Maka, apabila anda bebas dari gangguan syaitan, anda pasti dapat melaksanakan tanggungjawab anda dengan cemerlang….InsyaAllah..


received by email

Sunday, October 25, 2009

Ikan Duyung....KJ musti suka banget.....

Ini kisah mengenai ikan duyung yg terdampar di pulau balambangan, Pantai Sabah. teman tak paksa mike nak percaya citer nie tetapi yg amik gamor nie merupakan abg ipar kepada kawan teman, seorang tentera yg bertugas di Sabah. Video nie di upload oleh kawan nya.

Menurut ceritanya, ikan duyung ini di bawa ker hospital tetapi tidak dapat diselamatkan dan sekarang ni ada di simpan di muzium di Sabah.






Jika tak boleh 'play', sila lawat ke link ini.
http://www.youtube.com/watch?v=KmtisrQ5D-Q


Cuba compare dgn gambar ini...



http://beautifulnara.com/gambar-ikan-duyung/

dan cuba compare dgn gambar yg ini plak...



mana satu ikan duyung daaaaa............Wallahualam.

Friday, October 23, 2009

Main Bunga Api...

Semalam selepas balik dari menunaikan solat Isyak di masjid bersama anak2, ternampak jiran yg berbangsa India dok baik punya layan main mercun@bunga api. Apa lagi, teman pun kelam kabut naik ke atas rumah mencapai kamera utk merakamkan detik2 yg menarik utk tatapan kita bersama. Lelaki India tu dok main dgn kakak iparnya, dan anak2 teman dok perhati jer...teringin kot. Teman malas nak tanya....





Anak2 melihat bunga api...










Wednesday, October 21, 2009

Ayat al-Quran pada kulit bayi


Kejadian2 seperti ini ALLAH tunjukkan sbg bukti kebesaranNYA. Maka sebagai hambaNYA, apakah kita sedar dan insaf.... fikir2kan

SEBAHAGIAN ayat al-Quran pada kulit Ali.


MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.
Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.
Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.


Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.


SEPOTONG ayat al-Quran pada peha Ali.


Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.
"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi


received by email

Warkah cinta seorang rocker (tangkap lentok.....)


Salam,

Amacam awekku? Lu oraitke? Wa harap lu ok-ok je.. Awekku, gua telah membaca

surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua?Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple!Lu tak perasan ke? Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke?Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu!Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!!

Setakat mat despatch,
kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki.Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual!

Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain.Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas!Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu.Lu ingat gua ni apa?!!


Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa?Masa tu hujan. Lu takde payung.Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup.Kesian pulak gua tengok lukesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam.Baek punya gua usya.Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling.

Gua ingat lagi lagu "
umno terus mara"

http://www.youtube.com/view_play_list?p=A8FEC57B3FCB0B3D&search_query=lagu+umno


Ke lu dah lupa?!! Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo!

Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah!

Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah?


Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak,beb!
Sembahyang jumaat tak tinggal wo!Lu pikirlah sindri, beb!
Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak
meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu!Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi.
Lu sorang jelah yang gua cinta.

Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu!
Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!
Akhirkata dari gua,kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!



Yang Benar,
Razak (Bukan nama sebenar)



Sunday, October 18, 2009

Jamuan Hari Raya Surau Madah 17 Sept 09@ Part 3 (abis dah)

Anak2 Yb ( gambar tidak jelas)

Contoh bapak2 mithali....

Ust Mazlan baru sampai...

Kira Wang Sdn Bhd...

anak makk...

Hj Nizar menyampaikan sepatah dua kata...




Para hadirin yg kusyuk mendengar ucapan dari Yb Pasir Panjang


Hj Hamzah yg dah kekenyangan... teman sebilik semasa di Mekah dan Madinah

Makcik nie pun bersemangat utk turut serta

nie dia...kanak2 paling tua di dunia...dpt gak aiskrim

" Selamat hari raya kpd adik kakak pakcik mokcik semua yg hadir..."



Suhaimi dan anaknya...


Gaya lenggang puruttt...


Pakcik ni walaupun uzur masih mampu hadir walaupun berpimpin

Geng Pemuda PAS Lumut
Saat yg kuidamkan...termakbul gak akhirnya

Atuk Razak dan cucu manjanya...

Seisi bersalam-salaman dgn Yb Pasir Panjang
Aiman pun sempat bersalam dgn Hj Nizar









Yb di jemput untuk mencabut nombor bertuah.....puh...puh
Beramah mesra bersama krew PA system...

Baik punya garu....Mam








Kesian kat adik terpaksa ketepi...





Hj Rosli dan anak2
Bye-bye...jumpa lagi



Baby nie anak Latif Maybank