Sunday, April 10, 2011

Lubang idung.....

SYAITAN DAN HIDUNG



Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur (Muslim) .


Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita
atau macam mana bentuknya, kenalah kita ambil tahu sikit.

Bunga akan berkembang segar jika disirami air, dan hidung akan
berkembang megah bila dipuji ye dak.

Bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis,
kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata.

Malah ada
orang jatuh cinta kerana
terpesona dengan hidung
seseorang.

Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan.
Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.


Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya.

Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung,

tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.

Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan
yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi.

Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita,
macam-macam dia bikin.

Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.
Cara nak membersihkannya;


Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil,
bersihkanlah perlahan-lahan.


Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek

kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal,


boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam
serombong kapal...

Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat,

nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah,


setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.

Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya

kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah


dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing).

Akhir kata........

"Walaupun dirimu tidak kukenal,
tetapi lubang hidungmu
tetap menjadi pujaan hatiku"



email dari chon.....

No comments: