Saturday, October 13, 2012

AKHLAK DAN SIFAT YANG PERLU ADA PADA DIRI PIMPINAN


Pasrah memohon petunjukMU



AKHLAK DAN SIFAT YANG PERLU ADA PADA DIRI PIMPINAN


Model kepimpinan melalui teladan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda SAW dengan meletakkan dunia ditangan mereka dan meletakkan akhirat di hati mereka adalah asas penolakan pengaruh materialis, sekularis, liberalis, paragmatis dan semua unsur luar yang mencemarkan kesucian Aqidah dan pegangan Umat Islam. Maka islam telah menggariskan akhlak dan sifat-sifat yang perlu ada dalam diri setiap pimpinan. 

Antaranya :

1. Seorang pimpinan mestilah sentiasa mengharapkan akhirat dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Mempunyai hati yang bersih, jauh dari segala penyakit jiwa yang akan meruntuhkan amal dan usahanya seperti riya’, gila kuasa, cinta pangkat kebesaran dan pengaruh atau terpedaya dirinya dan lain-lain penyakit jiwa yang merosakkan pimpinan

.

2. Mempunyai akal yang kuat, hikmah, cerdik cendiakawan dan arif bijaksana, berpengalaman, mempunyai pandangan yang tajam, pembacaan yang luas, mampu mengetahui pelbagai perkara dari berbagai sudut.

3. Mestilah berakhlak dengan sifat “Al-Hilm” (tidak mudah marah), penyantun,pengasih dan lemah lembut.

4. Berani, bermaruah, tidak penakut dan tidak membabi buta.

5. Mempunyai sifat “As-Siddiq” (benar di dalam segala kata-kata, sikap dan perbuatan).

6. Tawadhu’ (merendah diri), tidak membanggakan diri kepada menusia.

7. Mempunyai sifat pemaaf, menahan kemarahan dan ihsan kepada oerang bawahan yang berbuat jahat terhadapnya.

8. Menepati janji dan memenuhi sumpah setia.

9. Mempunyai sifat sabar yang tinggi

10. Bersifat “Al-‘Iffah”(suci hati,jiwa dan amal) dan “Al-Kiram” (bersifat pemurah dan tidak bakhil).

11. Warak dan zuhud

12. Jauh dari sifat “Al-Mannu” (mengungkit) dan memperkatakan kebaikkan diri sendiri.

13. Memelihara perkara-perkara yang dimuliakan Allah (Hurumatillah).

14. Kesejahteraan hati, tidak melayani orang yang mengumpat dan mengadu domba antara sesame manusia.

15. Keazaman, tawakal dan tidak ragu.

16. Bersederhana di dalam segala perkara

17. Menjauhi sikap putus asa

Kesemua akhlak dan sifat-sifat yang di sebutkan tadi perlu dimiliki oleh setiap pimpinan samada pimpinan persatuan, politik, Negara dan sebagainya. Mereka berkewajipan untuk menghiasi dirinya dengan sifat-sifat tersebut serta memeliharanya, disamping memelihara akhlak islam secara keseluruhannya yang wajib ke atas setiap muslim.


Model kepimpinan melalui teladan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda SAW dengan meletakkan dunia ditangan mereka dan meletakkan akhirat di hati mereka adalah asas penolakan pengaruh materialis, sekularis, liberalis, paragmatis dan semua unsur luar yang mencemarkan kesucian Aqidah dan pegangan Umat Islam. Maka islam telah menggariskan akhlak dan sifat-sifat yang perlu ada dalam diri setiap pimpinan. Antaranya :

1. Seorang pimpinan mestilah sentiasa mengharapkan akhirat dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Mempunyai hati yang bersih, jauh dari segala penyakit jiwa yang akan meruntuhkan amal dan usahanya seperti riya’, gila kuasa, cinta pangkat kebesaran dan pengaruh atau terpedaya dirinya dan lain-lain penyakit jiwa yang merosakkan pimpinan
.




2. Mempunyai akal yang kuat, hikmah, cerdik cendiakawan dan arif bijaksana, berpengalaman, mempunyai pandangan yang tajam, pembacaan yang luas, mampu mengetahui pelbagai perkara dari berbagai sudut.

3. Mestilah berakhlak dengan sifat “Al-Hilm” (tidak mudah marah), penyantun,pengasih dan lemah lembut.

4. Berani, bermaruah, tidak penakut dan tidak membabi buta.

5. Mempunyai sifat “As-Siddiq” (benar di dalam segala kata-kata, sikap dan perbuatan).

6. Tawadhu’ (merendah diri), tidak membanggakan diri kepada menusia.

7. Mempunyai sifat pemaaf, menahan kemarahan dan ihsan kepada oerang bawahan yang berbuat jahat terhadapnya.

8. Menepati janji dan memenuhi sumpah setia.

9. Mempunyai sifat sabar yang tinggi

10. Bersifat “Al-‘Iffah”(suci hati,jiwa dan amal) dan “Al-Kiram” (bersifat pemurah dan tidak bakhil).

11. Warak dan zuhud

12. Jauh dari sifat “Al-Mannu” (mengungkit) dan memperkatakan kebaikkan diri sendiri.

13. Memelihara perkara-perkara yang dimuliakan Allah (Hurumatillah).

14. Kesejahteraan hati, tidak melayani orang yang mengumpat dan mengadu domba antara sesame manusia.

15. Keazaman, tawakal dan tidak ragu.

16. Bersederhana di dalam segala perkara

17. Menjauhi sikap putus asa

Kesemua akhlak dan sifat-sifat yang di sebutkan tadi perlu dimiliki oleh setiap pimpinan samada pimpinan persatuan, politik, Negara dan sebagainya. Mereka berkewajipan untuk menghiasi dirinya dengan sifat-sifat tersebut serta memeliharanya, disamping memelihara akhlak islam secara keseluruhannya yang wajib ke atas setiap muslim.








Sumber Petikan: ....copy dari sahabat

No comments: