Pantun Di Malam Prihatin PADANG Di KLSCAH – 11 November 2009
Mengail ikan dalam bendang
 Tempat padi tumbuh subur
Gempa bumi berlaku di Padang
 Ramai mati tanpa kubur
Bendang tempat menanam padi
 Sawah istilah orang sekarang
Suatu malam gempa terjadi
 Peristiwa mengemparkan ramai orang
Dalam hutan melompat kera
Lari bila dipukul keratung
Sedih yang hilang saudara mara
Hilang semua tempat bergantung
Dari padi menjadi beras
 Menjadi makanan rakyat jelata
Nampak penganjur bekerja keras
Membantu insan sedang menderita
Kanak kanak belajar mengira
Belajar dalam bahasa ibunda
Kebajikan mangsa diambil kira
Dari masyarakat  yang berada
Simpan pisang dalam rumah
 Masak sebiji di atas peti
Elok dibantu golongan susah
 Tanda penderma baik hati
Pelawak terkenal badannya gemuk
 Pandai bercakap pelbagai bahasa
Boleh bersatu masyarakat majmuk
Dengan budaya ingin berjasa
Dalam kelas pelajar terlena
Waktu rehat segar semula
Perpaduan kaum wajib dibina
Dengan kerjasama dua hala
Ikan keli ikan puyu
Harga di pasar agak rendah
Berpantun menjadi budaya melayu
Mendengar dendangannya terasa indah
Pergi ke pasar membeli udang
Udang dibeli udang galah
Sedih melihat mangsa di Padang
Mungkin hikmah disebalik musibah
Pergi ke pejabat menai,ki kereta
Bayaran tol agak munasabah
Derma kita mengurangkan derita
Bagi saudara ditimpa musibah
Sausana trauma di sana sini
Bila gempa bumi berhenti
Mengumpul dana usaha murni
Tahniah yang datang berbakti
HMS Abu Bakar
2 Zulkaedah 1430H
22-11-2009
Pak Salleh send by post last week
No comments:
Post a Comment