Friday, January 22, 2010

Tupai yg comeiii......



Di bawah ni, ada gambar2 tupai yg di ambil semasa berkunjung ke kedai roti canai Pak Hassan (pantun) Bt 3 Segari. Selain dari mendengar Pak Hassan berpantun, 3 ekor tupai ini juga menjadi daya penarik kepada pengunjung2 kedai.Kalau kita bernasib baik, kita akan nampak tupai2 ini berkeliaran di atas pokok di hadapan kedai Pak Hassan sambil meniti kabel elektrik.


Mengikut Pak Hassan , cuma ada 3 ekor tupai dari species yg sama dok berkeliaran di hadapan kedai beliau. Ada 3 warna pd tupai tersebut iaitu putih , hitam dan perang (brown)


Mana dia tupainyer??







Inilah permandangan di kedai Pak Hassan - best gak makan kat sini

Info Tambahan : tupai@ squirrel

Tupai ialah sejenis rodensia daripada keluarga Sciuridae yang kecil hingga sederhana saiznya. Di kawasan-kawasan yang bertuturan bahasa Inggeris, tupai biasanya merujuk kepada spesies-spesies Sciurus dan Tamiasciurus, iaitu tupai-tupai pokok yang berbulu lebat ekornya dan yang berasal dari Asia, benua Amerika dan Eropah, kecuali Ireland. Genus-genus yang serupa boleh didapati di Afrika. Keluarga Sciuridae juga merangkumi tupai terbang serta tupai di atas tanah seperti tupai tanah, anjing prairi, dan woodchuck. Ahli-ahli keluarga Anomaluridae kadangkala disalah anggap sebagai "tupai terbang berekor sisik", walaupun ia tidak berhubungan rapat dengan tupai sebenar.

Tupai merupakan haiwan mamalia dan berdarah panas. Tupai menjaga anaknya dan merupakan haiwan yang memakan tumbuh-tumbuhan secara amnya.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tupai



4 comments:

yop manjung said...

sepandai-pandai tupai melompat akhir jatuh ke tanah juga.tupai sekrg ni payah benor nak jatuh...tupai moden kot.

fawi said...

yg skrg nie org kate ' tupai metalik '. tak pe sekali dia jatuh musti tergolek teruk punyer.....sabor ler sikit yop..

semalam teman jumpa sikatak betina tu..terlompat2...pakai lak baju corak kotak2 (baca katak2) warna hijor.. ada hati sikatak Hee tu nak senyum kat teman..hampeh punyer katak..masa teman pi makan kat Impiana hotel...

Shida Rahman said...

salam chor pawi...
k.shida nak mintak izin nak amik dua tiga keping gambor2 kenduri yana dari fb pawi. k.shida nak masukkan dlm blog, aritu kami tak banyak snap gambor2 candid.. anak dara tu malu2 plak..
jadi ke nk dtg ke kenduri kat rawang tu. Selalunya kalu kenduri anak2 buah abuya.. satu bandar country homes di ajak dek dema.. kalu mak jadi dtg.. bleh k.shida join gak kenduri tu.. tu mesti majlis kawin beramai2 tu..

fawi said...

salam Kak Shida

Dipeersilakan dgn segala hormat....x der hal..kalau nak lg kasi tahu..teman boleh emailkan....