Wednesday, September 30, 2009

Musafir ke Bagan Pinang


Perjalanan di mulakan pada pukul 1107hrs setelah tiada lagi sahabat yg nak ikut serta dlm kembara ini. Keadaan hujan renyai2 hingga ke Pekan Sekinchan menyebabkan kami terpaksa lebih berhati2 ketika memandu. Kami memilih utk melalui jln coastal kerana nak bersantai-santai.

1300hrs - kami sudah melepasi pekan Sekinchan. Mileage kete dah menunjukkan 119km.
berhenti seketika utk mengambil gambar sawah padi, saujana mata memandang.


Hijau nie memang cantik

1315hrs - Kami sampai di Masjid Tanjung Karang. singgah utk SOlat. Sebaik sampai, iqamah sdg berkumandang.
Ada pembaikan pada kali ini. Toilet2 dah di buat baru 'tiling'nya

Masjid ni ada Library di pintu masuk utamanya

1400hrs - kami sudah sampai di Kpg Serdang, Kapar. Lunch Time
Kami singgah di Kedai Soto , Kpg Serdang. yummy..... pekena tapai dan Soto Jawa. Kedai nie memang famous esp pd geng2 TNB. Kedai nie memang menjadi salah satu favorite stall bg family teman..anak2 bila lalu jln nie mesti ajak singgah, tak cukup dgn makan, siap kena tapau lagi...


inilah signboardnya

Kedai baru yg jauh lebih selesa dari yg lama

Tooo dia, soto ku sudah sampai

Kami menyambung perjalanan dgn memasuki Shapadu Highway. Kat sini kena bayar RM 1.40@terus bayar

1604hrs - kami keluar di Tol Seremban/Port Dickson exit 124 kena tol RM 11.90
kami terus memasuki highway ke PD, kat sini kena lagi tol RM 3.40@ terus bayar

Kami terus menghala ke Bagan Pinang , dgn bantuan Garmin ( sahabat ku, Mat Yie baru jer beli handset baru) . Seingat2 teman, last sekali turun PD nie masa bujang dulu, kalau tak silap tahun 1992/93..eheh dah tue teman nie ghopernya...

1645hrs - Alhamdullillah. dah sampai pun PD. Jalan2 akhirnya nampak gak bendera PAS yg pertama iaitu di Markas Induk, baru sejuk mata memandang.

Masih cool jer... tapak restoran convert jadi Markas Induk PAS N31 Bagan Pinang

Berhadapan dgn Rumah Zaitun yg dah jadi tempat bela rusa

Tlg penaikkan billboard Markaz Induk

next topic: Siliau dan projek segar@segera@maggi mee

Monday, September 28, 2009

UNTUK YG DAH BERKAHWIN..YG BELUM KENA CEPAT2 KAHWIN



UNTUK YG DAH BERKAHWIN..

YG BELUM KENA CEPAT2 KAHWIN.....


Bila Anda enggan melakukan hubungan seks kerana sedang sakit kepala, maka segeralah mencari alasan lain yang lebih masuk akal. Perlu diketahui bahawa melakukan hubungan seks itu justru boleh menghilangkan sakit kepala.Tidak percaya? Mari semak beberapa penjelasan ilmiah di bawah ini. Mari kita berbicara sedikit ilmiah bagaimana Seks boleh menghilangkan sakit kepala.


Sesaat setelah orgasme, otak akan memerintahkan tubuh untuk mengeluarkan hormon pembunuh rasa sakit. Hormon itu adalah hormon yang bekerja dan memiliki efek seperti morfin. Secara awam mungkin boleh diartikan bahwa semakin banyak orgasme, maka semakin banyak "obat sakit kepala" yang dikeluarkan.

Hubungan seks juga boleh membuat Anda lebih peka. Daya cium Anda akan meningkat seiring frekuensi hubungan seks. Perlu diketahui bahwa saraf-saraf penciuman dalam hidung, akan dipacu bekerja ganda ketika anda sedang bergairah. Hal ini terjadi kerana aliran darah menuju ke hidung meningkat.

Bukan rahsia lagi apabila melakukan hubungan seks secara rutin terbukti dapat meningkatkan kualitas kesehatan Anda. Dalam Secret of the Superyoung, penulis yang juga Ahli Saraf di Royal Edinburgh Hospital,David Weeks,mengatakan bahwa melakukan hubungan seks dalam porsi cukup boleh membuat anda tampil 10 tahun lebih muda.


Oh ya, seks juga mujarab sebagai ubat stres. Bila merasa tegang, maka seks boleh membantu Anda menjadi lebih rileks dan mengurangi beban akibat rutin kerja seharian. Selama melakukan hubungan seks, tubuh akan mengeluarkan endorphin, yakni hormon yang boleh menciptakan perasaan enak dalam otak.Perlu diketahui pula, berdasarkan sebuah penelitian, melakukan seks secara teratur ternyata boleh meningkatkan sistem kekebalan tubuh sampai 30%.


Hubungan seks menghasilkan hormon melatonin, yang baik untuk melawan bakteria dalam darah, menghindari efek-efek penuaan dan memberi efek mengantuk. Dengan demikian, Anda boleh terhindar dari penyakit flu dan masuk angin tanpa harus tergantung pada obat dan jamu-jamuan.


Dengan takdir Tuhan, Anda boleh panjang umur berkat hubungan seks.Percaya atau tidak, setelah melakukan study lebih dari 10 tahun di Negara bagian Welsh, Inggris, Profesor dari Bristol University , Shah Ebrahim mengatakan bahwa seks dapat mengurangi risiko terkena serangan jantung atau stroke.Menurut Embarhim, melakukan hubungan seks itu lebih sehat daripada jogging.Dengan melakukan seks sebanyak tiga kali seminggu, berarti Anda memperoleh ekstra pembakaran kalori hingga 8000 kalori per tahun. Bila tubuh melakukan pembakaran kalori yang mendekati sempurna ini, Anda akan merasa lebih sehat dan bahagia.


Mungkin Anda belum mengetahui bahwa setiap 100 kali orgasme, berarti anda terhindar dari kematian premature hingga 36% kerana darah boleh menembus daerah-daerah "mati" ketika malakukan seks, sehingga daerah-daerah itu boleh diperbarui. Dengan melakukan hubungan seks, berarti Anda merangsang regenerasi sel-sel dalam tubuh Anda sendiri.


Namun yang paling utama dan penting dari itu semua adalah, semakin sering melakukan hubungan seks, maka Anda akan semakin romantis. Hormon oxytocin yang dikeluarkan setiap kali orgasme, boleh meningkatkan daya romantisme,seperti selalu ingin memeluk dan mencium, atau sebaliknya.Dengan demikian, hubungan cinta Anda boleh dikatakan relatif aman damai.


KHASIAT PELUK ISTERI


Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.


``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' diPersidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.


Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan,pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.


`Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.`Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.


received by email...

Sunday, September 27, 2009

Hitam2 kulit Manggis...lu pikir la sendiri #!@#$%^&*()?


Actually gambor nie tak der cacat celanya..cuma dari segi teknikalnya agak kusam.. Sebab apa teman kata gitu...banner nie antara yg terselamat dari ancaman grafiti manusia yg kreatif..

ada ke sbb org tak minat atau tak nampak? cuba pikior tgk..

Location : banner nie ada kat pagar tapak Pasar tani manjung

Dah tahu empunya diri tu kalornya -----, jgn ler buat background kalor hitam, pakaian pun kena ler cerah..baru naik seri muka...teman ghaser yg buat tu jenis ghapla jingga..janji fulus@projek masuk sudah..peduli apa ..yg penting, syarat ada muka kat banner...
buat kerja nawaitu tak berapa nak ikhlas...itula pasal..

kalau kalor cerah plak dah tentu kena spray dgn cat hitam pulak?.. Skrg tak payah spray dah memang gelap.

Nasib kor le labu..buat baik berpada2, buat jahat masuk api neraka..



Thursday, September 17, 2009

Dato Seri Ir Hj Nizar @ Program Sembelih Lembu di Lekir 18 Sept 09



Tarikh : 18 September 2009 (Jumaat)


Masa : 9.30 Pagi

Tempat : Markas Tarbiah PAS Kawasan Lumut, Batu 9 1/2 , Lekir, Sitiawan, Perak.

Penyembelihan 2 ekor lembu telah dilakukan oleh:

Yang Berhormat ADUN Pasir Panjang
Dato' Seri Ir Haji Mohamad Nizar bin Jamaluddin.


Hj Imran menunggu dari awal lagi





Dgn lafaz Bismillah......korban pertama


Lembu yg no 2 ni ganazz sikit..buat mogok tak mau turun lori






Pegang kuat2 yoep!!! Nanti lembu tu mengelupor
Korban kedua yg telah diselesaikan oleh Dato Seri
Harraz mmg penakut sgt, harap baju jer ultraman
bebudak tu nampak mcm kengerian

Berjiwa Rakyat - Dato Seri menghulur tangan untuk sama2 menolak lori yg membawa lembu yg telah terbenam tayar

Nohizam@Unit Amal sedang menimbang daging utk agihan
Amacam, Mamak Pangkor ada berani ka?
Pakcik yg bertongkat, empunya tanah markas PAS Bt 9 1/2


Daging2 yg melebihi 150kg , akan diagih2kan kepada org2 miskin sekitar DUN Pasir Panjang bg meringankan bebanan mereka sempena menyambut Hari Lebaran nanti.



Program Sempena Aidil Fitri ' JOM BANTU' @ 17 Sept 09

Program Sempena Aidil Fitri ‘ Jom Bantu’


Anjuran Pas Cawangan Fasa 3A, Sri Manjung.Kawasan Terlibat : Fasa 3A, Kpg Dato Seri Kamaruddin dan Kpg Permatang.Tujuan Program : Membantu golongan fakir miskin tanpa mengira fahaman politik. Koordinator Program ini ialah Mohd Ridzuan selaku Ketua Penerangan PAS Caw Fasa 3A.


Program bermula pada pukul 5.30 ptg. Turut sama dalam program ini ialah En Hamidun dan isteri selaku wakil YB Dun Pasir Panjang, wartawan Sinar Harian dan ahli2 qariah Fasa 3A.Walaupun gerimis dan dalam keadaan yg terburu-buru mengejar masa, ianya tidak mematahkan semangat mereka utk meneruskan misi tersebut.Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan dari ALLAH Taa'la.

Wartawan Sinar sedang menemuramah En Mohd Ridzhuan selaku program koordinator



Sempat beramah mesra dgn pakcik tu...

Pakcik ni ada masalah buah pinggang
Makcik ni hidup sebatang kara

photo: ikhsan dari Humam

p/s - teman punya photo banyak yg hancusss...




Sunday, September 13, 2009

Koleksi Lebai utk Menyambut Hari Lebaran - Lebai Hj Patah@Bukit Mertajam

Dibawah nie ada koleksi lebai2 keluaran Hj Patah@Bukit Mertajam. Kepada sesiapa yg berminat boleh carinya di Kubang Semang atau pergi terus ke Bukit Mertajam.

Yg cun nie harganya RM 275
Pelbagai koleksi lebai2 utk pakai solat - cuma jaga jgn jatuh RIAK sudah





Yg nie kalau tak silap RM170







Gambar2 ni dirakamkan masa pi Prk Permatang Pasir.