Friday, September 4, 2009

Sumbangan untuk Faqir Miskin di sekitar Kpg Sg Wangi

Kami berjanji utk berkumpul di rumah Abg Din yg cuma bersebelahan dgn Markas Pas Kpg Sg Wangi. Sesampainya disana, Hj Hasbullah dan siap menunggu. Kami bercadang untuk pergi menziarahi beberapa rumah di sekitarnya dan selebihnya akan di wakilkan kepada Abg Din dan Hj Hasbullah utk menyelesaikannya.

Bulan Ramadhan merupakan bulan yg paling senang utk menghulurkan bantuan selain ganjarannya, kita tak payah nak masuk. Kekadang bila tuan rumah berhajat pulak nak menjamu, payah lak nak menolak.

Pada kali ini, Pemuda Pas kawasan di wakili oleh Ust Zaeem bersama anak2nya, Saudara Hairul dan saudara Mus’ab. Bantuan yg diberi merupakan sedikit barangan runcit dan wang saku.



Di rumah bekas Imam Suffian


Terlantar di sebabkan stroke
Sumbangan di hulurkan sbg tanda keprihatinan
Turut sama dlm gambar ini ialah Hairul, Hj Hasbullah dan Abg Din
Bertanya khabar sambil cuba memahami perkataan yg ingin di ucapkan
Ust Zaeem terpaksa bawa anak2 nya sekali kerana zaujahnya 'admitted' di hospital

Begitu seronokdan teruja melihat kehadiran kami...

Di rumah En. Muhamad


Bantuan disampaikan oleh saudara Mus'ab

Di perkarangan rumah En Muhamad, kami berbual sambil bertanya khabar
Lihat keadaan adik2 nie..amat dhaif. Keadaan di dalam rumah pun amat menyedihkan
Rumah ini di atas tapak rezab JKR
En Muhamad mempunyai 7 org anak dan 2 org isteri . Yg mana seorg lg tu merupakan saudara baru
Adik kecil yg malang ini mempunyai komplikasi tidak mempunyai lubang dubur dan perlu menjalani pembedahan.
Kepada sesiapa yg berhajat utk membantu dipersilakan

Di rumah En Johan

Menuju ke rumah En Johan
En Johan tidak mempunyai anak dan bekerja sbg penoreh getah
Menziarahi dan bertanya khabar sudah kemestian
Rumah yg di diami merupakan tanah rezab kerajaan

Sumbangan dihulur bg meringankan bantuan mereka yg memerlukan

Di rumah Pn Rahmah@Mak Su menumpang


Pn Rahmah skrg nie mengharap belas ikhsan anak saudara menumpang hidup di rumah tersebut
Sumbangan di sampaikan oleh En Hairul wakil Lumut Power Plant
Berbual dan bertanya khabar dgn Pn Rahmah

Di rumah YM Raja Ismail - Imam Masjid Kpg Sg Wangi

Pasangan suami isteri Hj Raja Ismail
Sumbangan disampaikan oleh Abg Din
Diluar perkarangan rumah Pak Imam Ismail
Berbual-bual sebelum pulang

Terima kasih dari kami Pemuda PAS Lumut atas kerjasama Hj Hasbullah dan Abg Din yg sudi untuk sama2 menjayakan program yg tak seberapanya ini.

No comments: