Tuesday, December 29, 2009

1 Muharram 1431 Hijriah . ..Sajak Pak Salleh


1 Muharram 1431 Hijriah

Hari Jumaat

1 Muharram 1431 Hijriah

Peristiwa bersejarah

Mudah

Bila ada pertolongan ALLAH

Terlepas segala masalah

Abu Bakar mulanya gelisah

Bila bertolak dari rumah

Di Mekah

Diseksa pengikut-pengikut nabi

Yasir dan isteri

Diseksa hingga mati

Dua syahid pertama

Dalam sejarah Islam

Ammar bin Yasir

Menggunakan taktik

Cakap tak serupa bikin

Dengan nabi tetap yakin

Dimaafkan nabi

Ammar jadi sahabat setia

Hingga Islam berjaya

Bilal bin Rabah juga diseksa

Tetap yakin dengan maha esa

Jadi Muazzin pertama

Merdu suaranya

Islam terus berjaya….




No comments: