Saturday, January 2, 2010

Memberi sumbangan utk menyambut hari Persekolahan 2010.

Minggu lepas, melalui sumbangan dari tuan2 dan puan2 yg prihatin, kami pergi ke rumah2 yg telah dikenal pasti utk diberikan sumbangan demi meringankan beban yg ditanggung mereka. Sumbangan berupa alat tulis, beg, tudung dan wang telah di berikan oleh penderma2. Hanya ALLAH sahaja yg mampu membalas jasa baik tuan puan sekalian.

Keluarga En Muhammad@Nasir - Jalan Teluk Rubiah


En Muhammad ini mengalami sakit kencing manis, kakinya bengkak dan penglihatannya semakin kabur. 3 anaknya bersekolah rendah, 2 org sek menengah dan seorg baru memasuki Poli PUO. Dia mengeluh utk mencari wang bagi membiayai yuran kemasukan anaknya di Politeknik Ungku Omar. Ada anaknya yg belajar di pondok.

Sumbangan disampaikan oleh En Aizat

Semoga sumbangan yg sedikit ini dapat meringankan beban yg ditanggung

Keluarga En. Sadri - Kpg Pasir Panjang

Sekarang ni beliau bekerja sebagai pemandu teksi di Ipoh, mempunyai 13 anak. 5 org sekolah rendah, 3 org sek menengah dan ada yg berada di IPTA.




Keluarga En Mohamad - Sg Wangi

En Mohamad mempunyai 2 org isteri, yg mana isteri ke2 nya merupakan seorg Muallaf. Anak2 dari isteri ke-2 masih kecil. Tinggal di rezab tanah JKR sambil mengharap janji utk diberikan rumah PPRT. Ada 8 anak dan 6 masih kecil. Bekerja sebagai pengawal keselamatan. Rumah yg didiami mereka amatlah menyedihkan dimana sumber air menggunakan perigi dan pelita sebagai penerang rumah diwaktu malam.



En Shafri menyampaikan sumbangan

Inilah gambar keadaan mereka ketika kami berkunjung utk menyampaikan sumbangan utk hari persekolahan yg bakal menjelang tiba..

Asrama Anak Yatim Ummu Salamah Grik
Detail akan dimasukkan ke dlm blog

Ayahandaku sebagai wakil menyampaikan sumbangan

Asrama anak Yatim At- Taqwa - Pengkalan Hulu

Ayahandaku sbg wakil menyampaikan sumbangan (dlm bentuk cek)

Sumbangan alat2 tulis dan tudung di sampaikan oleh Dr Zarina (wakil) kpd pengerusi At-Taqwa

Ada sumbangan yg cuma diwakilkan kerana kesuntukan masa. Kepada sesiapa yg berminat utk menderma atau turut serta dalam program kami pada masa yg akan datang, kami amat mengalu-alukan.

" Ya ALLAH, Kau murahkanlah rezeki hamba2 Mu yg telah berkorban utk agamaMU...."

2 comments:

yop manjung said...

elok bebenor program yang dibuat.meringankan beban yang ditanggung....syabas kpd yang terlibat.kerja kebajikan ni elok selalu buat.bukan nak bagi brg mahal.walaupun benda murah kita tetap menghargainya

fawi said...

tima kasih...betoi tu aper yg mike cakap...buat yg termampu jer...