Thursday, October 21, 2010

Lawak Bodo oleh ahli umno lagi...


' Jangan musnah kegemilangan Islam '

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Usaha pakatan pembangkang untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) diterajui UMNO diumpamakan sebagai mengulangi sejarah Perang Ahzab apabila Nabi Muhammad SAW diperangi oleh satu pakatan diketuai musyrikin Quraisy.

Wakil Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, peperangan itu berlaku apabila pakatan yang turut disertai oleh orang munafik dan Yahudi berusaha menghancurkan kerajaan Islam Madinah yang baru ditubuhkan oleh Rasulullah.

“Kita telah bina tamadun Islam begitu lama kira-kira 53 tahun daripada zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Perdana Menteri pertama) dan diteruskan oleh Presiden UMNO (Datuk Seri Najib Tun Razak).

“Ia berdasarkan Piagam Madinah iaitu bersama-sama dengan bukan Islam untuk memerintah sebuah negara dengan Islam menjadi terasnya.

“Tetapi sekarang terdapat sebuah ‘ahzab’ atau pakatan di sebelah sana yang bertindak sama seperti pada zaman Rasulullah yang harus kita tewaskan,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Md. Alwi yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh menegaskan, orang Melayu tidak harus mempercayai dakwaan pakatan pembangkang bahawa mereka diketuai oleh orang Islam dan turut memperjuangkan agama itu.

“Pas sebenarnya adalah rakan kongsi ‘junior’, begitu juga Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pakatan ini sebenarnya dipelopori oleh DAP yang mana bapanya ada di seberang sana iaitu PAP (People Action Party).

“Satu kemungkinan saya cuba hendak bayangkan kepada orang Melayu adalah sekiranya pakatan yang turut didokong pembelot dan pengkhianat Islam ini dibiarkan, mungkin satu masa nanti negara yang kita sayangi ini akan menjadi Malaysiapura,” ujarnya.

Tambah beliau, jika itu berlaku orang Melayu pasti akan terus ketinggalan dan ditindas kerana dasar yang bakal digunakan akan diimport dari negara seberang iaitu ‘sama rata dan sama rasa’.

“Bagi mengelak perkara ini daripada berlaku, orang Melayu perlu bersatu untuk menolak pakatan ini yang mahu memusnahkan kegemilangan Islam yang dipelopori UMNO,” katanya.

Tambah beliau, setiap ahli UMNO perlu sama-sama berdoa bagi memohon pertolongan Allah untuk menewaskan pakatan berkenaan sama seperti Rasulullah memohon pertolongan Allah ketika Perang Ahzab iaitu:

“Ya Allah, kerajaan Islam ini adalah kerajaan yang baru dan agama ini adalah agama yang baru. Tolonglah ya Allah, turunkan hikmah-Mu supaya kegemilangan tamadun Islam yang aku bina ini akan terus terpancar di muka bumi ini,” katanya.



p/s- kalo tak paham jgn cakap pasal Piagam Madinah. dah ler bodo, sombong plak.....




No comments: