Wednesday, August 19, 2009

Kerusi DUN Kota Siputeh kosong?

Ogos 19, 09 4:37pm
Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kedah telah menghantar kepada ibupejabatnya di Putrajaya, surat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail berhubung kedudukan anggota DUN Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sarif yang didakwa hilang keanggotaannya.

Pengarah SPR Kedah, Zainal Abidin Zakaria berkata surat Dr Abdul Isa itu memaklumkan mengenai kedudukan Abu Hassan yang hilang keanggotaan setelah beliau dua kali gagal menghadiri sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lepas.

"Perkara ini akan dikendalikan di peringkat ibu pejabat. SPR mempunyai bahagian undang-undang yang akan meneliti perkara ini," katanya kepada Bernama hari ini.

Abu Hassan, ketua Umno bahagian Jerlun menyandang kerusi DUN Kota Siputeh selama empat penggal berturut-turut.

Seksyen 51 Perlembagaan Negeri memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.

Dr Abdul Isa dijangka mengadakan sidang akhbar mengenai kerusi DUN Siputeh itu di pejabatnya di Wisma Darul Aman di sini, pukul 10 pagi esok.

Sebelum ini, negara sudah menyaksikan tujuh pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Manakala pilihanraya kecil kelapan di DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang akan berlangsung minggu depan.

taken from: http://www.malaysiakini.com/news/110932

fawi - baru nak pi permatang pasir....

4 comments:

أبُو هُرَيْرَة said...

mcm kenai la.. dulu pakai satria hijau ka? hehe

Unknown said...

Selamat berpuasa dari ijoks2009,semoga amalan kita tahun ini diterima oleh Allah dan dipanjangkan umur kita agar dapat berpuasa kembali tahun hadapan.Amin..

fawi said...

tima kasih kpd aro danijoks2009 kerana visit my blog..blog nie tak banyak cerita, cuma gambor2 menghiasi laman blog ini. kalau nak bercerita, blog lain dah bersepah2 ceritanya..
ya dulu pakai teman pakai satria hijau, masa tu memang glamer sbb satu2nya melayu kat manjung yg pakai. budak itm pun kenai....heheh ..itu dulu punya cerita...

ya kita kena berebut peluang dibulan ramadhan nie. anggap nie yg terakhir..tapi 2-3 hari teman ghaser letih sgt sejak balik dari permtg pasir. hari nie ok sikit..so boleh ikut program hj Nizar di Sg Parit dan di Pasar ramadhan mjg.