Friday, August 28, 2009

Tazkirah Ramadhan oleh Yb Dato Seri Ir Hj Mohd Nizar di Masjid Alang Iskandar, Kpg Dato Ser Kamaruddin, Seri Manjung, Perak.


Kali ini Dato Seri Hj Nizar berkesempatan utk meluangkan masa dengan jemaah Masjid Alang Iskandar, di Kpg Dato Seri Kamaruddin, Seri Manjung. Tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Dato Seri Hj Nizar selama 40 minit itu membincangkan tentang kewajaran kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini.







































Pertamanya, apabila bulan puasa kita mampu untuk pergi menunaikan solat waktu secara berjemaah dan menjaga masa solat (time keeping) dgn sebaik mungkin. Datang pada subuh hari untuk menunaikan sahur dan seterusnya bersolat subuh secara berjemaah di masjid2. Tetapi di luar bulan Ramadhan, semua itu lenyap. Maka adakah itu wajar. Apakah kita mahu tipu ALLAH? Kita kena serius dlm beribadat. Try to get this Ramadhan as the best Ramadhan






























Keduanya, apakah kita wajar bila azan Maghrib berkumandang menandakan sampai waktu untuk berbuka puasa, kita tanpa berlengah2 terus mencapai makanan. Tetapi pada waktu lain, kita melengah2kan masa untuk bersolat. Ada yang solat Dzuhur pada pukul 4 ptg. Dimanakah kewajarannya? Memang kita mengejar ganjaran yg ditawarkan pada bulan Ramadhan, tapi hanya untuk seketika.
Kita mampu utk menghabiskan masa yg lama utk melayari blog dan benda2 lain tetapi adakah kita adil dalam memberikan masa untuk Al-Quran. Bulan Ramadhan merupakan bulan di mana Perang Badar (Badar al Qubro) terjadi . 313 tentera Islam mampu mengalahkan 1000 tentera kuffar. Wahyu Allah mengenai takbir turun ketika Abu Jahal dibunuh semasa dlm peperangan melawan tentera Ahzab. Sepatutnya takbir raya menaikkan semangat jihad bukannya bersedih. Ini terjadi sebab kita tak faham dan tak ader ilmu. Wallahua'lam


Akhirnya, selepas Dato Seri mengimami solat Terawikh sebanyak 8 rakaat, beliau meminta izin untuk beredar kerana sudah sehari suntuk berada di DUN Pasir Panjang. Ucapan terima kasih dari kami penduduk di sini. Keep it up, Dato Seri.

3 comments:

PenaKiri said...

tahniah saudara. Blog yang menarik dan penuh dengan info terutamanya di Perak. Teman dulu menetap di sitiawan lebih sepuluh tahun..


Hidup Perak!

CUPING MERAH said...

beginilah yang kita mahukan..bukan sahaja boleh memimpin hal ehwal dunia..tetapi akhirat tetap dipenuhi

fawi said...

buat Fathi,
kalau dtg boleh jemput ke rumah..tak pun pi minum2 pekena teh tarik...

buat Cuping Merah,
welkom 2 my blog...nanti teman link kanblog anta...

slmt berkenalan utk semua..